Mari Kita Baca Satu Artikel / Cerita Menarik Dibawah,,,
*Saling Ingt Mengingati,,
Saya dilahirkan dari keluarga miskin.
Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau
bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak
kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin
yang dimasak oleh arwah ibu. Walaupun saya suka makan sardin, namun
tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika
itu, ia dianggap mahal.
Harga ikan sardin dalam tin pada hari
ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin
sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung
segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam
tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam
dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan
sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat
sudah siap lauk ikan sardin. Tabiaat suka makan sardin saya berterusan
sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan
sardin.
Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru,
barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru
saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”.
Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan
tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan
sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru
saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat
marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.
Lama
kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin.
Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama
arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan
sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya
tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang
dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.
Mari kita
lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya
sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut.
Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi
lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan
merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan,
Insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan
lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker
memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya
akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.
Apa
yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini
sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah
tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin
ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga
menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia
inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan
sardin.
Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan
sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan
bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang
terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam
rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini,
saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa
hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi.
Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk
dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan
sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.
Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an.
Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar
makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim
akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah
sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh.
Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh
dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan
kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila
kerap dan sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser
sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak
menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.
Antara sampel kajian
saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang
secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak
perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari
sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan
ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan
keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan
ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak
silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan
ikan sardin.
Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana
sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca
sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga
pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang.
Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang
banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya
jahil.
Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman
semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau
saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan
selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar
mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah
pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah
dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid
atau sebarang penyakit kanser lainnya.
Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment