Melihatlah ke atas untuk urusan akhiratmu dan melihatlah ke bawah untuk urusan duniamu maka hidup akan tenteram.
RSS

Pages

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jenazah tidak reput

 


Anda mungkin pernah terdengar bahawa jenazah beserta kain kafannya tidak reput di dalam kubur itu adalah terdiri daripada golongan hafiz dan syuhada. Pada tahun 2003 (ketika artikel ini di tulis) pemindahan ribuan buah kubur orang-orang Islam sedang giat dijalankan di Kampung Sungai Batang dan di kawasan sekitarnya di daerah Sik, Kedah berikutan pembinaan Empangan Bris. Sehingga berita ini ditulis terdapat 10 buah kubur telah didapati jenazah di dalamnya tidak reput malah terpelihara dengan baik. Ini suatu keajaiban pada pandangan biasa. Di antara 10 buah kubur itu, 5 tidak dapat dikenalpasti pemiliknya kerana sudah terlalu lama. Manakala 5 buah kubur lagi itu dapat dikenalpasti. Kubur yang pertama ialah kubur seorang budak lelaki berumur 6 tahun sewaktu matinya. Budak ini dikatakan semasa hidupnya di sekitar 1970an adalah budak yang cerdik dan baik. Budak ini sangat taat kepada ibubapanya, tidak pernah sedikitpun membantah apa yang disuruh. Kubur yang kedua ialah kepunyaan seorang wanita yang pada asalnya kaya. Apabila suaminya jatuh sakit, beliau berkorban jiwaraganya menjaga dan merawat sisuami dengan baik. Sehingga suaminya dipanggil mengadap Ilahi, wanita ini telah jatuh miskin dan papa. Tidak lama kemudian wanita ini juga turut meninggal dunia. Kubur yang ketiga dimiliki oleh seorang wanita tua yang sewaktu hayatnya beliau tinggal di pondok (institusi agama pada masa dahulu) dan sering mengikuti kuliah-kuliah agama. Keistimewaannya ialah beliau akan menangis apabila terpandang wajah tok guru atau alim ulamak yang datang mengajar. Beliau seorang yang kasihkan ulamak dan berusaha menambahkan ilmu di dada. Manakala kubur yang keempat juga merupakan kubur seorang wanita. Wanita ini dikatakan meninggal dunia ketika sedang sujud di dalam solah. Akhir sekali kubur yang kelima dimiliki juga oleh seorang wanita. Wanita ini adalah guru Al-Quran yang mengajar budak-budak mengaji. Dalam masa lapang dan terluang, mulut beliau senantiasa berkumit membaca suroh Yassin iaitu suroh yang digelar hati Al-Quran yang memang dihafalnya. Demikianlah paparan kisah benar yang saya bawakan untuk menjadi ikhtibar dan teladan kepada saudara-saudari sekalian. Golongan wanita dikatakan ramai menghuni neraka tetapi wanita adalah golongan yang mudah untuk memasuki syurga. Selain daripada amalan-amalan wajib, lakukanlah amalan-amalan baik seperti apa yang dilakukan oleh nenek-nenek kita wali-wali Allah itu tadi. Sekian, Wallahuaklam!

0 comments:

Post a Comment

Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver