
Assalamualaikum. Maha Suci Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara Sekelian Alam.
Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 yang lalu di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang.
Mayat
ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia
akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu) dan arwah meninggalkan
seorang isteri dan 4 orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil
lagi. Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor,
pharmacist dan lulusan Al-Azhar)dan isterinya, seorang surirumah, amat
aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan
pondok Madrasah Khairiah Islamiah diPokok Sena dan sering memberi kelas
agama kepada kaum-kaum ibu.
Arwah
meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah
seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga
kata-katanya.
Saya
sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan
berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan
yang telah dikorek itu adalah untuk mak saudara yang meninggal pada hari
tersebut. Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang melihat mayat yang
nampak sekerat badan sahaja dan sekerat lagi ditimbus tanah.
Mayatnya
macam baru ditanam semalam dan daging dan muscle-muscle tangan dan kaki
masih macam fresh lagi. Disebabkan malam sebelum tu hujan lebat, kain
kapan mayat basah danmelekat di badan, so bolehlah nampak clear bentuk tubuh badan.
Kain
kapannya pun tak reput langsung cuma kotor sebab kesan dari tanah yang
sedang dikorek. Even kain bantal kepala yang diisi dengan tanah pun
masih elok lagi. Kalau dilihat pada gambar yang dilampirkan, di bahagian
atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah.
Mayat
arwah disimpan tidak menggunakan keranda dan kain kapannya adalah kain
biasa sahaja, nothing special or expensive. Kita bagaimana pula
keadaanya di kubur nanti? Janji Allah tetap benar.
Allah akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih.
sumber : http://mzbh1972.blogspot.com
sumber : http://mzbh1972.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment