Masalah-masalah solat
Kelemahan hadis mengusap muka selepas selesai berdoa dan selepas selesai solat.
Mengusap
muka setelah selesai berdoa dan setelah selesai solat bukan datangnya
dari Nabi s.a.w kerana banyak hadis-hadis tentang adanya hal itu telah
dilemahkan oleh ulama-ulama hadis.Yang sahih dari Nabi s.a.w ialah
baginda mengangkat tangannya dan pada masa tertentu baginda tidak
mengangkatnya.Mengamalkan mengusap muka setelah selesai berdoa dan solat
bukanlah dari ajaran Nabi s.a.w. dan tidak perlu kita memandai lebih
daripada baginda.
Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila
engkau meminta kepada Allah,maka hendaklah engkau berdoa dengan kedua
tapak tanganmu dan janganlah engkau berdoa dengan kedua punggung(tapak
tangan). Apabila engkau telah selesai berdoa, maka usaplah mukamu dengan
kedua tapak tanganmu.”
[H.R. Ibnu Majah-daif/lemah]
Dari
Saaib bin Yazid dari ayahnya, “Bahwasanya Nabi s.a.w apabila berdoa
mengangkat kedua tangannya.Baginda mengusap mukanya dengan kedua
tangannya(setelah selesai berdoa”
[H.R. Abu Daud-daif/lemah]
Dari Ibnu Khattab,katanya:
“Adalah
Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya waktu berdoa
baginda tidak turunkan kedua(tangan) itu sehingga baginda mengusap
mukanya lebih dahulu dengan kedua tangannya.”
[H.R. At-Tirmidzi-sangat daif/lemah]
Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:
“Adapun
tentang Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya masa berdoa maka
sesungguhnya telah datang padanya hadis-hadis yang sahih banyak.
Sedangkan tentang baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya,maka
tidak ada padanya kecuali satu-dua hadis yang tidak dapat dijadikan
hujah dengan keduanya.
Dari Malik bin Yasar,telah bersabda Nabi s.a.w:
“Apabila
kamu meminta kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan tapak
tanganmu dan janganlah memminta kepada-Nya dengan punggung(tangan)”
[H.R. Abu Daud-sahih]
Kata Ibnu Abbas ra. :
“Permintaan itu iaitu engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua bahumu.”
[H.R. Abu Daud]
0 comments:
Post a Comment