Assalamua’laikum Warahmatullah.
Salam ulangtahun kelahiran abg…
Isteri abg ni tak pandai memasak, hanya mampu beli kek
kat kedai ja ^_^.
Kek VELVET MERAH, sengaja wida pilih sebagai lambang cinta wida pada
abg. Merah yang sentiasa membara dan tak kan pernah padam sampai bila-bila.
Masam manis Strawberi, wida nak abg tahu dalam
hubungan kita pasti kebahagiaan kita tergugat juga dengan rintangan dan
halangan kehidupan. Wida nak kita tabah walau apa jua keadaan, jangan buat ia
sedikit pun mengoyah cinta kita.
Manisnya, semanis dan seindah hubungan kita, sehingga keadaan
sekeliling, jarak dan masa mencemburui kita. Wida mengharapkan kesetiaan abg untuk terus bersama
wida, jangan sesekali diselit dengan cinta lain ya… :-)
Hadiah untuk abg masih lagi berada di dalam kapal laut
untuk dibawa ke Malaysia. InsyaAllah, ada rezki akan sampai juga. kalau jadi hadiah
“belated birthday” tak apa kan? :D
Tak banyak yang wida boleh ucap untuk abg. Banyaknya wida
simpan dalam do’a. Hanya Dia yang akan memaqbulkan segala impian dan cita-cita wida
untuk abg.
Insan yang paling dihargai mak dan ayah mentua.
Terima kasih mak ayah kerana melahir, membesar dan
mendidik dengan baik suami yang sangat wida cintai...! :-)
0 comments:
Post a Comment