Kepada sesiapa yang ada anak dara atau isteri yang cantik...
Peliharalah ahli keluarga kita daripada fitnah atau dari mendatangkan fitnah. Lindungi mereka dan lindungilah orang lain daripada mereka.
Pertama, Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda: ما تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ 'Tidaklah aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih memudharatkan ke atas lelaki daripada perempuan.' [riwayat al-Bukhari]
Kecantikan anak gadis atau isteri kita wajib ditutup atau dipelihara agar ianya tidak menggoda manusia atau menjerumuskan kaum pemuda ke lembah cinta atau syahwat atau menyebabkan anak2 gadis dan isteri kita menjadi bahan rebutan atau kegilaan kaum lelaki.
Kedua, seorang muslim wajib mempunyai perasaan cemburu atau rasa tidak senang apabila ahli keluarganya terdedah kepada lelaki atau maksiat. Diriwayatkan dari al-Mughirah bin Syu'bah RA yang berkata telah berkata Saad bin Ubadah RA, bahawa kalau aku menemui orang lelaki bersama dengan isteriku maka nescaya aku akan menetaknya dengan pedangku. Maka hal itu pun sampai kepada rasulullah salallahualaihiwassalam dan baginda pun bersabda : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن. 'Apakah kamu merasa takjub dengan kecemburuan Saad? Demi Allah, sesungguhnya aku lebih cemburu daripada Saad dan Allah lebih cemburu daripada aku. Disebabkan kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang terang dan tersembunyi. [riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Islam mengelar lelaki yang membiarkan anak gadis dan isteri atau ahli keluarganya bercampur bebas atau senang didekati oleh lelaki yang bukan mahram sebagai dayus. Ini berdasarkan hadith sahabat yang bertanya maksud dayus dan baginda menjawab : الَّذِي لَا يُبَالِي مَنْ دَخَلَ عَلَى أَهْلِهِ Iaitu lelaki yang tidak peduli tentang siapa yang masuk menemui ahli keluarganya. [riwayat al-hathami dalam majmuk az-zawaid]
Maka seorang lelaki yang bergelar suami atau bapa wajib menjaga anak-anak dan isterinya serta mengetahui dengan siapa anaknya berkawan, siapa lelaki yang meminati dan disukai oleh anaknya. Apakah anaknya dalam bahaya atau sebaliknya. Jika tak diancam oleh zina, si gadis yang cantik tetap terdedah kepada bahaya penyakit al-ain dari akibat kagum orang yang memandang dan takjub kepadanya.
Siasat dan ambil beratlah wahai bapa dan suami kerana baginda salallahualaihiwassalam telah bersabda : كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته 'Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap dari kamu akan dipersoalkan tentang apa yang dipertanggungjawabkan olehnya. [riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Jangan sampai kita sudah selangkah menghampiri syurga lalu ditarik ke neraka kerana anak-anak dan isteri kita, na'u'zubillahiminzalik !
0 comments:
Post a Comment