Kebanyakkan isteri apabila dimarahi oleh pihak suami, mereka akan merajuk, membawa diri dan ada yang sakit hati, geram sehingga sanggup mencerca kembali suami-suami mereka dan mengungkit keburukan-keburukan si suami agar puas hati mereka dan merasa adil atau 'to get even'.
Inilah isteri-isteri buatan kaca, apabila terjatuh pecah berkecai tak boleh digunakan lagi dan melukakan orang di sekeliling.
Namun para wanita yang solehah itu ibarat bunga yang wangi, pokok yang apabila digoncang akan menggugurkan buah dan kebaikan. Sang Isteri yang solehah apabila dia dimarahi suami maka dia akan segera memperbaiki diri, lalu segera pula memujuk kembali suami sehingga masing-masing gembira kembali !
Diriwayatkan oleh Anas RA bahawa Nabi Salallahualaihiwasallam bersabda : أَلَا أُخبِرُكُم بِنِسَائِكُم فِي الجَنَّةِ ؟ قُلنَا : بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَالَ : وَدُودٌ وَلُودٌ إِذَا غَضِبَت أَو أُسِيءَ إِلَيهَا أَو غَضِبَ زَوجُهَا قَالَت : هَذِهِ يَدِي فِي يَدِكَ ، لَا أَكتَحِلُ بِغِمضٍ حَتَّى تَرضَى 'Mahukah kamu aku beritakan tentang wanita dikalangan kamu yang akan berada di syurga? Sahabat menjawab : Sudah tentu Ya Rasulullah. Baginda bersabda : 'Perempuan yang penyayang dan yang ramai anak apabila dia marah atau dilayan buruk atau dimarahi oleh suaminya maka dia pun berkata : Ini ialah tanganku pada tanganmu, aku tidak akan dapat pejam mata sehingga engkau mahu redha (padaku). [riwayat Al-Tabaraani dalam Mu'jam Al-Awsat]
0 comments:
Post a Comment