Melihatlah ke atas untuk urusan akhiratmu dan melihatlah ke bawah untuk urusan duniamu maka hidup akan tenteram.
RSS

Pages

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Pesanan Buat Suami

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
0 comments

mengusap muka selepas selesai berdoa dan selepas selesai solat.

Masalah-masalah solat
Kelemahan hadis mengusap muka selepas selesai berdoa dan selepas selesai solat.

Mengusap muka setelah selesai berdoa dan setelah selesai solat bukan datangnya dari Nabi s.a.w kerana banyak hadis-hadis tentang adanya hal itu telah dilemahkan oleh ulama-ulama hadis.Yang sahih dari Nabi s.a.w ialah baginda mengangkat tangannya dan pada masa tertentu baginda tidak mengangkatnya.Mengamalkan mengusap muka setelah selesai berdoa dan solat bukanlah dari ajaran Nabi s.a.w. dan tidak perlu kita memandai lebih daripada baginda.
Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila engkau meminta kepada Allah,maka hendaklah engkau berdoa dengan kedua tapak tanganmu dan janganlah engkau berdoa dengan kedua punggung(tapak tangan). Apabila engkau telah selesai berdoa, maka usaplah mukamu dengan kedua tapak tanganmu.”
[H.R. Ibnu Majah-daif/lemah]

Dari Saaib bin Yazid dari ayahnya, “Bahwasanya Nabi s.a.w apabila berdoa mengangkat kedua tangannya.Baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya(setelah selesai berdoa”
[H.R. Abu Daud-daif/lemah]

Dari Ibnu Khattab,katanya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya waktu berdoa baginda tidak turunkan kedua(tangan) itu sehingga baginda mengusap mukanya lebih dahulu dengan kedua tangannya.”
[H.R. At-Tirmidzi-sangat daif/lemah]

Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:
“Adapun tentang Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya masa berdoa maka sesungguhnya telah datang padanya hadis-hadis yang sahih banyak. Sedangkan tentang baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya,maka tidak ada padanya kecuali satu-dua hadis yang tidak dapat dijadikan hujah dengan keduanya.
Dari Malik bin Yasar,telah bersabda Nabi s.a.w:
“Apabila kamu meminta kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan tapak tanganmu dan janganlah memminta kepada-Nya dengan punggung(tangan)”
[H.R. Abu Daud-sahih]

Kata Ibnu Abbas ra. :
“Permintaan itu iaitu engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua bahumu.”
[H.R. Abu Daud]

0 comments

Salam pilihanraya

Sedang ramai orang sibuk dengan mood pilihanraya, ada juga isteri yang terkejut apabila mendapat tahu suami ingin nikah lagi! Ada juga isteri lain yang bertambah terkejut apabila mendapat tahu suaminya baru saja bernikah lagi! 

(Padahal dalam manifesto parti-parti yang bertanding, tiada yang menjanjikan apa-apa kemudahan atau kelebihan bagi poligami)

Kepada para isteri dan bakal-bakal isteri, persiapkanlah diri dengan ilmu poligami. Ini kerana poligami adalah salah satu daripada syari'at Islam, dihalalkan oleh Islam dan memiliki kebaikan serta kelebihan dari aspek aqidah, amal soleh dan sosial masyarakat....jika dipraktikkan dengan betul.

Kata pepatah arab menyebut: "Di antara musuh seseorang ialah kejahilan dirinya sendiri". Ertinya, bila kita jahil tentang sesuatu perkara, kita secara tidak langsung akan memusuhinya, membencinya serta menjauhinya.

Justeru dekatilah ilmu poligami. Mana-mana lelaki yang sihat di atas fitrah Islam akan cenderung ke arah poligami. Jangan hidup di atas angan-angan bahawa poligami tidak akan berlaku ke atas diri anda. 

Jangan anggap kesetiaan suami ialah terhadap isteri. Kesetiaan suami ialah kepada Allah, Rasul-Nya dan syari'at-Nya. Demikian juga, kesetiaan isteri ialah kepada Allah, Rasul-Nya dan syari'at-Nya. Atas kesetiaan ini, isteri memang patut terkejut bercampur marah apabila mendapati suaminya berjudi. Namun atas kesetiaan ini juga, isteri tidak patut terkejut atau marah apabila suami membangkitkan topik poligami.
0 comments

SENI KEHIDUPAN


Melalui nya, ku lihat SENI
Melalui nya, ku kenal SENIMAN
KAGUM. CANTIK. KEMAS. HIDUP.
Indah LUKISAN terhasil
Namun sentiasa EMOSInya terusik
Mengubah segala PERCATURAN
Ruangan CANVAS luahan perasaan
menyatukan WARNA kehidupan
Sabarlah wahai HATI dan AKAL
SOLAT & SABAR
Ku YAKIN ada sesuatu di sana
Untuk kita BERDUA
Hanya KAU dan AKU
SELAMA-LAMAnya… :-)


Tetiba teringat lagu ni, maaf yer… liriknya terpaksa dipinda mengikut kesesuaian. Salah satu lagu kegemaran masa kecil-kecil dahulu. waktu tengok cerita P.Ramlee dengan mak kat tv. Khas buat suamiku  :-D


Tiada kata secantik bahasa 
Untuk ku puji kekanda 
Tiada gambar secantik lukisan 
Nak ku tunjuk perasaan
Oh... kanda puspa gemala 
Mengharum jiwa 
Hmm...
Oh... kanda puspa gemala 
Mustika dinda...
Walau musim berubah 
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra 
Sikit pun takkan longgar
Tiada kata secantik bahasa 
Untuk ku puji kekanda.” 

~wida cinta abg dunia akhirat... BarakAllahu fiikum~
0 comments

Ayat-Ayat Cinta


"love is not about finding the right person, but creating a right relationship. it's not about how much love you have in the beginning, but how much love you build till the end.."


Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung 
ku pertaruhkan


Maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung 
ku pertaruhkan...


0 comments

Kala hidayah datang menjelma...

Apabila kita mendapat hidayah dari Allah maka kita pun akan membenci jahiliyyah. Terasa busuk dan buruk cara hidup yang bercanggah dari sunnah. Rasa kosong hidup yang penuh dengan kegembiraan lahiriyyah tetapi sunyi dan sedih dalam jiwa batiniyyah. 

Tanda awal kita mendapat hidayah ada 3 iaitu :

1. Mula timbul benci kepada jahiliyyah
2. Desakan dan dorongan kuat dari jiwa untuk berubah
3. Minat kepada ilmu dan kebaikan

Manakala apabila kita jauh daripada hidayah maka kita pun akan rasa dekat dan serasi pula dengan jahiliyyah, puas hati dengan maksiat dan kejahatan lalu merasa benci kepada kebaikan dan kebajikan.

Tanda awal kita sedang menuju kepada jahiliyyah juga ada 3 :

1. Mula berasa terganggu dan benci kepada kebaikan
2. Desakan dalam diri yang geram kepada takdir dan rasa mahu memberontak
3. Seronok dengan kelalaian, kenikmatan duniawi dan maksiat

Allah SWT berfirman : مَّنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ' Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri.' [Al-Isra: 15]
0 comments

KESEDERHANAAN RASULULLAH S.A.W.

 
Rasulullah s.a.w merupakan pelopor gaya hidup sederhana. Padahal jika Baginda mahu, Allah boleh mengubah Bukit Uhud menjadi emas untuknya. Al- Tarmizi meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Tuhanku menawarkan untuk menjadikan Batha Makkah menjadi emas untukku. Namun aku berkata: " Tidak wahai Tuhan. Akan tetapi ( aku meminta) lapar satu hari dan kenyang satu hari. Jika aku lapar aku mengingati dan meratap kepada-Mu. Jika aku kenyang, aku memuji dan bersyukur kepada-Mu".

Siti Aisyah r.ha. berkata bahawa alas tidur Rasulullah s.a.w adalah daripada kulit yang diisi dengan serabut (Riwayat al-Bukhari)

Umar bin al-Khattab bercerita : " Aku melihat Rasulullah s.a.w sedang berbaring di atas tikar tanpa sebarang alas. Di bawah kepalanya sebuah bantal daripada kulit yang isinya serabut. Tempat air daripada kulit, tergantung di sisi kepalanya. Aku sempat melihat kesan tikar yang berbekas pada tubuhnya. Aku menangis sedih melihat hal itu. Rasulullah bertanya : " apa yang membuatmu menangis ? " Aku menjawab, Wahai Rasulullah, para kisra dan kaisar hidup mewah. Sementara engkau utusan Allah ( hidup seperti ini?)" baginda bersabda " Tidakkah kamu reda mereka mendapatkan dunia dan kita mendapatkan akhirat?" ( Riwayat al-Bukhari )

Dalam soal makanan, Baginda memakan apa yang ada, tanpa menanyakan sesuatu yang tidak ada. Abu Hurairah berkata, "Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika menyukai makanan itu, Baginda memakannya. Jika tidak, Baginda meninggalkannya" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Aisyah berkata, " Kadang kala sebulan berlalu namun kami tidak menyalakan api di dapur. Kami hanya makan kurma dan air sahaja. kecuali jika seseorang menghadiahkan sedikit daging kepada kami." ( Riwayat al-Bukhari)

Hidangan yang dimakan Nabi pun hanya diletakkan di lantai tanpa meja makan. Beliau menyuap makanan itu dengan hanya menggunakan tiga jari, tanpa sudu dan garpu. Selesai makan, Baginda membersihkan jari-jarinya dengan menjilat dengan lidahnya sebelum membasuhnya dengan air. Minuman terbaik yang pernah Baginda minum ialah susu atau air kurma yang direndam semalaman agar terasa manis.

Kenderaaan yang Baginda gunakan ialah keldai yang tali kekangnya dibuat daripada serabut. Rumah Baginda pula, sederhana luasnya. Siti Aisyah berkata, "suatu hari aku tidur di hadapan Rasulullah s.a.w, kakiku berada di kiblat Baginda. Jika hendak sujud, Baginda menepuk kakiku maka aku lalu menarik kakiku. Jika beliau berdiri, aku meluruskan kakiku kembali. "Maknanya rumah Nabi s.a.w ssangat sempit. Aisyah juga berkata, "rumah-rumah pada waktu itu belum memiliki lampu ". ( Riwayat al-Bukhari)

Pendek kata, gaya hidup Rasulullah s.a.w amat sederhana dan jauh daripada kemewahan. Kesederhanaan hidup tidak mengurangi kemuliaan Baginda di sisi Allah dan di mata manusia. Sebaliknya, kesederhanaan makin menghiasi dan memperindahkan kebesaran Baginda sebagai seseorang yang tidak diperhamba oleh harta benda keduniaan.
0 comments

Isteri Ke Tiga


Aisyah bint Abi Bakr.

Rasulullah SAW membuka lembaran kehidupan rumah tangganya dengan Aisyah r.a yang telah banyak  dikenal. Ketika wahyu datang pada Rasulullah SAW, Jibril membawa kabar bahwa Aisyah adalah isterinya di dunia dan di akhirat, sebagaimana diterangkan di dalam hadits riwayat Tirmidzi dari Aisyah r.a,  " Jibril datang membawa gambarnya pada sepotong sutra hijau kepada Nabi SAW, lalu berkata.' Ini adalah isterimu didunia dan di akhirat." Dialah yang menjadi sebab atas turunnya firman Allah SWT yang menerangkan kesuciannya dan membebaskannya dari fitnah orang-orang munafik.

Aisyah dilahirkan empat tahun sesudah Nabi SAW diutus menjadi Rasul. Semasa kecil dia bermain-main dengan lincah, dan ketika dinikahi Rasulullah SAW usianya belum genap sepuluh tahun. Dalam sebagian besar riwayat disebutkan bahwa Rasulullah SAW membiarkannya bermain-main dengan  teman-temannya. Dua tahun setelah wafatnya Khadijah r.a datang wahyu kepada Nabi SAW untuk menikahi Aisyah r.a. Setelah itu Nabi SAW berkata kepada Aisyah, " Aku melihatmu dalam tidurku tiga malam berturut-turut. Malaikat mendatangiku dengan membawa gambarmu pada selembar sutra seraya berkata,' Ini adalah isterimu.' Ketika aku membuka tabirnya, tampaklah wajahmu.  Kemudian aku berkata kepadanya,' Jika ini benar dari Allah SWT , niscaya  akan terlaksana."


Mendengar kabar itu, Abu Bakar dan isterinya sangat senang,  terlebih lagi ketika  Rasulullah SAW setuju menikahi putri mereka, Aisyah.  Beliau mendatangi rumah mereka dan berlangsunglah pertunangan yang penuh  berkah itu. Selesai pertunangan itu, Rasulullah SAW hijrah ke Madinah bersama para sahabat, sementara isteri beliau ditinggalkan di Makkah.  Setelah beliau menetap di Madinah, beliau mengutus orang untuk menjemput isteri beliau, termasuk didalamnya Aisyah r.a.
Berkenaan pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a. menceritakan, sejurus sebelum beliau ditetapkan meninggalkan rumahnya, beliau telah keluar ke halaman rumah untuk bermain-main dengan rakannya yang sedang berlalu di situ:“Aku sedang bermain di atas jungkang-jungkit dan rambutku yang panjang telah menjadi kusut” kata beliau. “Mereka datang mendapatkan ku dari permainan ku lalu menyiapkan ku.”


Saidatina Aisyah r.a. dipakaikan pakaian pengantinnya yang diperbuat dari sutera halus berjalur merah dari Bahrain. 
Dengan izin Allah SWT menikahlah Aisyah dengan mas kawin 500 dirham. Seterusnya beliau dibawa oleh ibunya ke rumahnya yang baru siap dibina serta disambut oleh wanita-wanita Ansar di muka pintu. Mereka menyambutnya dengan ucapan “Demi kebaikan dan kebahagiaan dan semoga diiringi kesenangan.” Dalam kehadiran baginda Rasulullah yang sedang tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada mereka. Rasulullah s.a.w. minum darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah. Aisyah dengan segan silu menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah sekali lagi menyuruh Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat demikian. Seterusnya mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang berada di sisinya serta diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah keraian yang menandai pernikahan baginda Rasulullah dengan saidatina Aisyah yang dijalankan dalam penuh kesederhanaan.

Aisyah tinggal dikamar yang berdampingan dengan masjid Nabawi. Dikamar itulah wahyu banyak turun, sehingga kamar itu disebut juga sebagai tempat turunnya wahyu. Dihati Rasulullah SAW, kedudukan Aisyah sangat istimewa, dan tidak dialami oleh isteri-isteri beliau yang lain.

Status beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak merubah sifat riang Aisyah sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering berkunjung ke rumah untuk bermain-main dengannya.

‘Sedang aku bermain dengan permainanku,’ cerita Saidatina Aisyah r.a.,’ bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku bermain dengan mereka.’ ‘Kadangkala baginda berkata, “Tinggal di situ, wahai Aisyah,” dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut serta dalam permainan kami’. Kata Aisyah r.a. ‘Suatu hari, baginda Rasulullah datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda berkata, “Wahai Aisyah, permainan apakah ini?” “Inilah kuda-kuda Sulaiman,” kata ku dan baginda pun tertawa.’ Ada ketika apabila baginda pulang ketika Aisyah sedang bermain dengan rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan berselindung di sebalik jubahnya agar tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan beliau yang sedang bermain.

Detik-detik awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut melalui saat-saat yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang sahabat yang tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang sering melanda Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi bapanya, beliau terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar dalam keadaan tenat dan lemah. Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan seorang yang sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.:

‘Mereka maracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,’ Kemudian Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya serta dua orang sahabat yang sedang sakit tadi. Baginda berasa lega setelah Aisyah mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu belum mampu difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan Aisyah yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w.

Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali merupakan kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang sahabat baginda akan bertanya,:

‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini?’ Jawab baginda sering berbeza-beza kerana baginda begitu mengasihi anak-anak serta cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau Usamah. Namun di kalangan isteri baginda yand sering disebut hanyalah Aisyah. Aisyah sendiri begitu mengasihi baginda Rasulullah serta sering meminta kepastian tentang kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimanakah kasihmu terhadapku?’

‘Seperti ikatan simpulan tali,’ jawab baginda yang bermaksud kasihnya itu kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saidatina Aisyah r.a. akan bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimana keadaan simpulan itu?’ dan jawab baginda ‘Demi Allah, masih sama (kukuh)’.

Begitu kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah sehinggakan lahir rasa cemburu dan tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah dicurahkan kepada orang lain melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada baginda,:

‘Wahai Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya engkau berada di antara dua lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya sedangkan yang satu lagi sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau lepaskan ternakkanmu?’

‘Di lembah yang rumputnya belum pernah diragut,’ jawab Rasulullah. ‘Namun begitu,’kata beliau ‘aku tidaklah seperti isteri-isterimu yang lain. Setiap orang dari mereka pernah mempunyai suami yang lain sebelum mu kecuali diriku.’ Rasulullah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Cerita Aisyah lagi tentang sikap cemburunya itu:

‘Aku tidak mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain sebagaimana aku mencemburui Khadijah, disebabkan baginda sering menyebut-nyebut nama Khadijah serta telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah tentang mahligainya di syurga yang bertatahkan permata. Setiap kali baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti akan diberikan sebahagian daripada daging sembelihan itu kepada teman-teman rapat Khadijah. Berkali-kali pernah ku katakan kepada baginda, “Seolah-olah tidak pernah ada wanita lain di dunia in selain Khadijah,”

Pernah suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah yang begitu memandang tinggi terhadap ‘seorang wanita tua Quraisy’, baginda berasa tersinggung lalu berkata: ‘Dialah isteri yang mempercayai diriku sedangkan orang lain menafikan diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia meyakinkan kebenaranku. Sedang aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta kekayaannya untuk meringankan beban sengsara ku.’

Walaupun Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya tidak membawa kepada keburukan, beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah dan penyabar. Beliau mengharungi kehidupan yang serba kekurangan bersama isteri-isteri Rasulullah yang lain. Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap makanan pun dalam jangka waktu yang panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah beliau tidak berasap dan beliau hidup bersama Rasulullah di atas buah tamar dan air semata-mata. Hidupnya yang miskin tidak membawa sebarang tekanan atau memalukan Aisyah r.a.; hidup berdikari tidak mengganggu cara hidup beliau walau sedikit pun.

Pernah suatu ketika, Rasulullah telah memutuskan perhubungan dengan isteri-isteri baginda sehingga sebulan lamanya. Ini disebabkan mereka meminta sesuatu yang Rasulullah tidak mampu berikan. Peristiwa ini berlaku selepas peperangan di Khaibar dimana kemenangan umat Islam membawa harta rampasan serta membuahkan keinginan terhadap harta kekayaan. Setelah kembali dari beruzlah, baginda Rasulullah pertama sekali menuju ke rumah Aisyah. Beliau begitu gembira melihat baginda telah kembali, namun Rasulullah mengkhabarkan kepadanya tentang penerimaan wahyu yang menyuruh baginda memberikan Aisyah dua pilihan. Baginda seterusnya membacakan ayat :

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar.” (al-Ahzab 28-29)

Jawab Aisyah:

‘Sesungguhnya aku memilih Allah dan RasulNya dan kehidupan di akhirat,’ dan jawabnya itu disetujui isteri-isteri baginda yang lain.

Beliau setia terhadap pilihannya itu sepanjang hidupnya bersama Rasulullah dan begitu juga setelah kewafatan baginda. Apabila umat Islam dilimpahi harta kekayaan yang banyak, beliau pernah dihadiahkan seratus ribu dirham. Walaupun ketika itu beliau sedang berpuasa dan hidup dalam kekurangan, seluruh pemberian itu disedekahkan kepada fakir miskin. Sejurus selepas itu, seorang pembantu rumahnya bertanya, ‘Bolehkan engkau menggunakan satu dirham untuk membeli daging buat berbuka puasa?’

‘Jika aku terfikirkan hal ini tadi, pasti aku sudah melakukannya,’ jawab Aisyah r.a. Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah berkekalan sehingga akhir hayat baginda. 
Didalam hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dikatakan, " Cinta pertama yang terjadi didalam Islam adalah cintanya Rasulullah SAW kepada Aisyah r.a."

Didalam riwayat Tirmidzi dikisahkan "Bahwa ada seseorang yang menghina Aisyah dihadapan Ammar bin Yasir sehingga Ammar berseru kepadanya,' Sungguh celaka kamu. Kamu telah menyakiti isteri kecintaan Rasulullah SAW." Sekalipun perasaan cemburu isteri-isteri Rasulullah SAW terhadap Aisyah sangat besar, mereka tetap menghargai kedudukan Aisyah yang sangat terhormat. Bahkan ketika Aisyah wafat, Ummu Salamah berkata, 'Demi Allah SWT, dia adalah manusia yang paling beliau cintai selain ayahnya (Abu Bakar)'.

Di antara isteri-isteri Rasulullah SAW, Saudah bin Zuma'ah (isteri ke dua Rasulullah) sangat memahami keutamaan-keutamaan Aisyah, sehingga dia merelakan seluruh malam bagiannya untuk Aisyah. Dengan demikian dapat dikatakan bahwa Aisyah sangat memperhatikan sesuatu yang menjadikan Rasulullah SAW rela. Dia menjaga agar jangan sampai beliau menemukan sesuatu yang tidak menyenangkan darinya. Kerana itu, salah satunya, dia sentiasa mengenakan pakaian yang bagus dan selalu berhias untuk Rasulullah SAW. 

Menjelang wafat, Rasulullah SAW meminta izin kepada isteri-isterinya untuk beristirahat di rumah Aisyah selama sakitnya hingga wafat. Dalam hal ini Aisyah berkata, "Merupakan kenikmatan bagiku kerana Rasulullah SAW wafat dipangkuanku." Bagi Aisyah, menetapnya Rasulullah SAW selama sakit di kamarnya merupakan kehormatan yang sangat besar kerana dia dapat merawat beliau  hingga akhir hayat. Rasulullah SAW dikuburkan di kamar Aisyah, tepat  ditempat beliau meninggal. Sementara itu, dalam tidurnya, Aisyah melihat tiga buah bulan jatuh ke kamarnya.Ketika dia memberitahukan hal ini kepada ayahnya, Abu Bakar berkata, "Jika yang engkau lihat itu benar, maka di rumahmu akan dikuburkan tiga orang yang paling mulia di muka bumi." 

Ketika Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar berkata, "Beliau adalah orang yang paling mulia di antara ketiga bulanmu." Ternyata Abu Bakar dan Umar dikubur di rumah Aisyah. Setelah Rasulullah SAW wafat, Aisyah sentiasa dihadapkan  pada cobaan yang sangat berat, namun dia menghadapinya dengan hati yang  sabar, penuh kerelaan  terhadap taqdir Allah SWT dan selalu berdiam diri di dalam rumah semata-mata untuk taat kepada Allah SWT. Rumah Aisyah sentiasa di kunjungi orang-orang dari segala penjuru untuk menimba ilmu atau untuk berziarah ke makam Nabi SAW. 

Ketika isteri-isteri Nabi SAW hendak mengutus Ustman menghadap khalifah Abu Bakar untuk menanyakan harta warisan Nabi SAW yang merupakan bagian mereka, Aisyah justru berkata, "Bukankah Rasulullah SAW telah berkata, 'Kami para nabi tidak meninggalkan harta warisan. Apa yang kami tinggalkan itu adalah sedekah."

Dalam penetapan hukum pun, Aisyah kerap langsung menemui wanita-wanita yang melanggar syariat Islam. Di dalam Thabaqat, Ibnu Saad mengatakan bahwa Hafshah binti Abdirrahman menemui Ummul Mukminin Aisyah r.a. Ketika itu Hafshah mengenakan kerudung tipis. Secepat kilat Aisyah menarik kerudung tersebut dan menggantinya dengan kerudung yang tebal. Aisyah tidak pernah mempermudah hukum kecuali jika sudah jelas dalilnya dari Al Qur`an dan Sunnah. Aisyah adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW sehingga banyak menyaksikan turunnya wahyu kepada beliau. 

Aisyah pun memiliki kesempatan untuk bertanya langsung kepada Rasulullah SAW jika menemukan sesuatu yang belum dia fahami tentang suatu ayat. Dengan demikian dapat dikatakan bahwa ia memperoleh ilmu langsung dari Rasulullah SAW. Aisyah termasuk wanita yang banyak menghafalkan hadits-hadits Nabi SAW, sehingga para ahli hadits menempatkan dia pada urutan kelima dari para penghafal hadits setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik dan Ibnu Abbas.

Dalam hidupnya yang penuh dengan jihad, Sayyidah Aisyah wafat pada usia 66 tahun, bertepatan dengan bulan Ramadhan, tahun ke-58 H, dan dikuburkan di Baqi`. Kehidupan Aisyah penuh dengan kemuliaan, kezuhudan,  ketawadhuan, pengabdian sepenuhnya kepada Rasulullah SAW, selalu  beribadah serta sentiasa melaksanakan solat malam. Selain itu, Aisyah banyak mengeluarkan sedekah sehingga di dalam rumahnya tidak akan ditemukan wang satu dirham atau satu dinar pun. Dimana sabda Rasul, "Berjaga dirilah engkau dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma." (HR. Ahmad )
0 comments

Kenapa yang halal tidak senikmat yang haram ?

Al-jawab, sepatutnya yang halal itu lebih nikmat dari apa yang haram kerana tidaklah Allah mengharamkan sesuatu melainkan kerana ianya buruk bagi manusia dan Allah SWT tidak akan menghalalkan sesuatu pula melainkan ia adalah baik dan bermanfaat kepada hamba-hambaNya. 

Kata Ubay bin Ka'ab RA :
ما من عبد ترك شيئًا لله؛ إلا أبدله الله به ما هو خير منه من حيث لا يحتسب
'Tidaklah seseorang hamba itu meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya dari jalan yang tidak disangka olehnya.' [riwayat Abu Daud dalam Al-Zuhud]

Orang yang meninggalkan perkara yang haram akan diberikan kemanisan dalam beribadah dan kenikmatan dalam perkara yang halal. Manakala mereka yang suka melazimi perkara yang haram pula akan merasa hilang kenikmatan beribadah dan merasa bosan terhadap apa yang halal.

Apa sahaja yang kita tinggalkan kerana mencari redha Allah maka dia pasti akan memberikan ganti dan kebaikan kepada kita baik berupa cinta, wanita, lelaki, harta, peluang pekerjaan dan kedudukan jawatan. Diriwayatkan Nabi salallahualaihiwassalam bersabda : إنك لن تدع شيئا لله عز و جل إلا بدّلك الله به ما هو خير لك ' Tidaklah kamu meninggalkan sesuatu kerana Allah azza wajalla kecuali Allah akan mengantikan bagi kamu dengan sesuatu yang lebih baik.' [riwayat Ahmad]

Tinggalkan yang haram maka insyaAllah perlahan-perlahan nikmat yang halal itu akan dapat dihargai kerana hati yang kotor telah dicuci !
0 comments

JENAZAH TIDAK REPUT (2)

 
Assalamualaikum. Maha Suci Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara Sekelian Alam.
Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 yang lalu di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang. 

Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu) dan arwah meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi. Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar)dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan pondok Madrasah Khairiah Islamiah diPokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu. 

Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya. 

Saya sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan yang telah dikorek itu adalah untuk mak saudara yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang melihat mayat yang nampak sekerat badan sahaja dan sekerat lagi ditimbus tanah. 

Mayatnya macam baru ditanam semalam dan daging dan muscle-muscle tangan dan kaki masih macam fresh lagi. Disebabkan malam sebelum tu hujan lebat, kain kapan mayat basah danmelekat di badan, so bolehlah nampak clear bentuk tubuh badan. 

Kain kapannya pun tak reput langsung cuma kotor sebab kesan dari tanah yang sedang dikorek. Even kain bantal kepala yang diisi dengan tanah pun masih elok lagi. Kalau dilihat pada gambar yang dilampirkan, di bahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah. 

Mayat arwah disimpan tidak menggunakan keranda dan kain kapannya adalah kain biasa sahaja, nothing special or expensive. Kita bagaimana pula keadaanya di kubur nanti? Janji Allah tetap benar. 

Allah akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih.

sumber : http://mzbh1972.blogspot.com
0 comments

Jenazah tidak reput

 


Anda mungkin pernah terdengar bahawa jenazah beserta kain kafannya tidak reput di dalam kubur itu adalah terdiri daripada golongan hafiz dan syuhada. Pada tahun 2003 (ketika artikel ini di tulis) pemindahan ribuan buah kubur orang-orang Islam sedang giat dijalankan di Kampung Sungai Batang dan di kawasan sekitarnya di daerah Sik, Kedah berikutan pembinaan Empangan Bris. Sehingga berita ini ditulis terdapat 10 buah kubur telah didapati jenazah di dalamnya tidak reput malah terpelihara dengan baik. Ini suatu keajaiban pada pandangan biasa. Di antara 10 buah kubur itu, 5 tidak dapat dikenalpasti pemiliknya kerana sudah terlalu lama. Manakala 5 buah kubur lagi itu dapat dikenalpasti. Kubur yang pertama ialah kubur seorang budak lelaki berumur 6 tahun sewaktu matinya. Budak ini dikatakan semasa hidupnya di sekitar 1970an adalah budak yang cerdik dan baik. Budak ini sangat taat kepada ibubapanya, tidak pernah sedikitpun membantah apa yang disuruh. Kubur yang kedua ialah kepunyaan seorang wanita yang pada asalnya kaya. Apabila suaminya jatuh sakit, beliau berkorban jiwaraganya menjaga dan merawat sisuami dengan baik. Sehingga suaminya dipanggil mengadap Ilahi, wanita ini telah jatuh miskin dan papa. Tidak lama kemudian wanita ini juga turut meninggal dunia. Kubur yang ketiga dimiliki oleh seorang wanita tua yang sewaktu hayatnya beliau tinggal di pondok (institusi agama pada masa dahulu) dan sering mengikuti kuliah-kuliah agama. Keistimewaannya ialah beliau akan menangis apabila terpandang wajah tok guru atau alim ulamak yang datang mengajar. Beliau seorang yang kasihkan ulamak dan berusaha menambahkan ilmu di dada. Manakala kubur yang keempat juga merupakan kubur seorang wanita. Wanita ini dikatakan meninggal dunia ketika sedang sujud di dalam solah. Akhir sekali kubur yang kelima dimiliki juga oleh seorang wanita. Wanita ini adalah guru Al-Quran yang mengajar budak-budak mengaji. Dalam masa lapang dan terluang, mulut beliau senantiasa berkumit membaca suroh Yassin iaitu suroh yang digelar hati Al-Quran yang memang dihafalnya. Demikianlah paparan kisah benar yang saya bawakan untuk menjadi ikhtibar dan teladan kepada saudara-saudari sekalian. Golongan wanita dikatakan ramai menghuni neraka tetapi wanita adalah golongan yang mudah untuk memasuki syurga. Selain daripada amalan-amalan wajib, lakukanlah amalan-amalan baik seperti apa yang dilakukan oleh nenek-nenek kita wali-wali Allah itu tadi. Sekian, Wallahuaklam!
0 comments

SUBHANALLAH


Ini foto AL_AQSA [ yg sebenarnya bukan bohongan atau hasil rekayasa] di Jerusalem, Subhanallah …… Foto ini bisa lolos karena tidak diketahui oleh pihak israel laknatulloh yg menjaga tempatnya dengan sangat ketat. Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW Isra Mi’raj sampai kini masih tetap melayang di udara. Pada saat Nabi Muhammad mau Mi’raj batu tsb ikut, tetapi Nabi SAW menghentakan kakinya pada batu tsb, maksudnya agar batu tsb tak usah ikut. Kisah Isra Mi’raj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tsb yang berada dalam masjid Umar [Dome of the Rock] di Lingkungan Masjidil AQSHA di Yarusalem.

Sampai sekarang mesjid dome of rock ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat mesjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah “emas” (yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh dunia dimana2) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat islam dimana mesjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai “mesjid kubah biru”.

Saat ini mesjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh israel , dan rencananya mau dihancurkan untuk diganti sebagai temapat ibadah mereka karena bersebelahan dengan tembok ratapan.

Subhanallahh….bagus untuk di baca…..

*Ali bin Abi Talib r.a berkata :

“Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tibadatanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata : ‘ Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S.yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.’ Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda :

” Silahkan bertanya.’ Berkata orang Yahudi : ‘ Silahkan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.”

Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Sholat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya , Sholat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi , Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S. , maka setiap mukmin yang sholat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya .”

Sholat Isya’ itu ialah sholat yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku , Sholat Subuh adalah sebelum terbit matahari , ini karena apabila matahari terbit , terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata : ‘ Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sholat.’

Rasullullah S.A.W bersabda : ” Jagalah waktu-waktu sholat terutama sholat yang pertengahan , Sholat Zuhur , pada saat itu nyalanya neraka Jahanam , orang mukmin yang mengerjakan sholat pada ketika itu akan diharamkan keatasnya uap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.”

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi : ” Manakala sholat Asar , adalah saat di mana Nabi Adam A.S. Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sholat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.”

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud : ” Jagalah waktu-waktu sholat terutama sekali sholat yang pertengahan , sholat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sholat Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

‘Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Sholat Isya’ (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sholat Isya’ berjamaah , Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath.”

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya : ” Sholat Subuh pula , seorang mukmin yang mengerjakan sholat Subuh selama 40 hari secara berjamaah , diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu :

1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata : ‘ Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu ? ‘

Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang , lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.”

Kata orang Yahudi : ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu ‘.

Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara :

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya ( daging yang tumbuh dengan makanan yang haram ) .

2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi : ‘ Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi ‘.

Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya ( untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat ) ‘.

Kata orang Yahudi : ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah ( kami percaya bahwa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah ) ‘. ” Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu , dengan sedikit ketakutan , kelaparan , kekurangan harta , jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar.” (Al-Baqarah : 155)

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat ? ” Maka jawabnya Rasulullah S.A.W., ” Umat dikenal karena WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU ” .

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a sabda Rasulullah S.A.W. : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan :

Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lezat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ” Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” ( Surah Al-Baqarah : 237 )*

*Wassalam, *
0 comments

Bagaimana dengan nikmat-nikmat ALLAH hari ini..?

Apa khabar, bagaimana dengan nikmat-nikmat ALLAH hari ini..?

Kalau kita mulakan hari dengan menghitung nikmat ALLAH yang melingkari kehidupan, kita kan tenang, gembira dan bersemangat. Kalau terlupa menghitung dan terlupa bersyukur, maka sebab itulah jiwa terasa sempit dan sulit, memikirkan masalah hari semalam yang masih tak selesai.

Dan sebenarnya nikmat ALLAH yang paling besar antaranya adalah rasa SYUKUR itu sendiri.. rasa syukur dan syukur yang ALLAH izinkan bertamu di hati lah yang menyebabkan kita rasa bahagia dalam kehidupan ini.

Jom kita bahagia dengan rasa syukur.. bersyukur ada suami, ada anak, ada adik beradik, ada ibu ayah, ada makan minum setiap hari, boleh berjalan, boleh bangun dari katil, boleh tengok dunia dengan sepasang mata, boleh macam-macam..

Selalunya..manusia berasa tak gembira bukan kerana tidak memiliki, tetapi kerana hati terlupa menghargai dan mensyukuri. 

Ada suami, ada isteri, ada duit, ada anak-anak, ada kereta, ada rumah - semuanya dirasakan biasa biasa.. malah lebih rasa tak gembira kerana mengangankan suami yang lebih baik, anak yang lebih baik, rumah yang lebih baik, makan minum yang lebih baik, kehidupan yang lebih baik - tanpa sempat mensyukuri yang ada di tangan.

Bercita-citalah, berusahalah kerana kita dituntut memperbaiki kehidupan namun nikmatilah apa yang telah dimiliki dan syukuri ♥

Sebab itu kalau bertemu dan bergaul dengan orang yang susah kehidupan, susah makan minum, tiada suami/isteri, tiada anak - baru jiwa tersedar akan banyaknya kenikmatan hingga kita lemas dengan kesenangan.
0 comments

6.4.2013




Assalamua’laikum Warahmatullah.

Salam ulangtahun kelahiran abg…

Isteri abg ni tak pandai memasak, hanya mampu beli kek kat kedai ja  ^_^.

Kek VELVET MERAH,  sengaja wida pilih sebagai lambang cinta wida pada abg. Merah yang sentiasa membara dan tak kan pernah padam sampai bila-bila.

Masam manis Strawberi, wida nak abg tahu dalam hubungan kita pasti kebahagiaan kita tergugat juga dengan rintangan dan halangan kehidupan. Wida nak kita tabah walau apa jua keadaan, jangan buat ia sedikit pun mengoyah cinta kita.

Manisnya, semanis dan seindah hubungan kita, sehingga keadaan sekeliling, jarak dan masa mencemburui kita. Wida  mengharapkan kesetiaan abg untuk terus bersama wida, jangan sesekali diselit dengan cinta lain ya… :-)

Hadiah untuk abg masih lagi berada di dalam kapal laut untuk dibawa ke Malaysia. InsyaAllah, ada rezki akan sampai juga. kalau jadi hadiah “belated birthday”  tak apa kan? :D

Tak banyak yang wida boleh ucap untuk abg. Banyaknya wida simpan dalam do’a. Hanya Dia yang akan memaqbulkan segala impian dan cita-cita wida untuk abg.

Insan yang paling dihargai mak dan ayah mentua.

Terima kasih mak ayah kerana melahir, membesar dan mendidik dengan baik suami yang sangat wida cintai...! :-)


0 comments

JANJI ALLAH ITU PASTI.

Allah tak pernah janji, orang yang kahwin akan dapat anak.
Allah tak pernah janji, orang yang kerja siang malam akan jd kaya.
Tapi,
Sesungguhnya Janji Allah Itu Pasti
Siapa jaga solat, maka dia adalah orang yang BERJAYA
Siapa jaga solat, maka Allah akan angkat kesempitan hidup d dunia
Siapa jaga solat, Allah akan angkat seksa kubur
Siapa jaga solat, Allah akan beri buku amal dgn tangan kanan
Siapa jaga solat, dapat lintas titian sirat sepantas kilat
Siapa jaga solat, akan masuk syurga tanpa hisab.
Janji apakah yang lebih baik daripada ini? :)
0 comments

PEGANG

Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata. 

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya. 0 comments

Adakah Kita Seringkali Makan Sardin ??

Mari Kita Baca Satu Artikel / Cerita Menarik Dibawah,,,

*Saling Ingt Mengingati,,

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walaupun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin. Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, Insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.
0 comments
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver