Melihatlah ke atas untuk urusan akhiratmu dan melihatlah ke bawah untuk urusan duniamu maka hidup akan tenteram.
RSS

Pages

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Suami yg bergaji kecil

Untuk suami yg bergaji kecil dari isteri, atau suami yg merasakan banyaknya nak kena tanggung dlm rumahtangga...~

Wahai para suami yg mulia...Jangan susah hati, Allah yg bg kita semua makan.Memang gaji nampak kecil, tapi berkat kalau beri dgn ikhlas hati tanpa sikit pun risau duit tak cukup. Allah pasti cukupkan.Allah janji, bagi 1, Allah ganti 10. Maksudnya takkan sempit rezeki walaupun duit nampak makin habis/kurang.

Masalahnya waktu duit kita sikit, waktu tu lah kita taknak memberi,time tu lah kita rasa berkira, maka duit tu pasti lagi tak cukup dan tak cukup.

Suami kadang2 bukan berkira atau kedekut, tapi risau duit nak pakai bnyk dalam rumahtangga, anak makin bertambah dan membesar, semua nak pakai duit, jadi kadang2 kita nak isteri jimat sebenarnya.

Oh, jimat itu sgt penting, tapi biarlah kena pada tempatnya. Berkaitan makan minum, untuk anak isteri, makanan yg akan masuk dalam mulut isteri dan menjadi darah dging atau menjadi susu pada tubuhnya untuk dia menyusukan anak kita,maka redholah dengan lapang dada....

Yakin sungguh2 takkan berkurang apa yg kita belanjakan untuk anak isteri, untuk nafkah dan makan pakainya,melainkan semuanya menjadi sedekah di sisi Allah~untuk tempat tinggal dan keperluannya asalkan kita betul2 lapang dada memberi tanpa khuatir sikit pun. Setiap kali memberi, setiap kali ingatkan diri, jangan risau....,Allah pasti ganti melimpah2 ruah lagi rezeki,maka PASTI dan PASTI bertambah2 rezeki kita.

Benar perancangan jimat tu penting, tapi makin kita rasa berkira or kedekut sikit, satgi tak cukuplah, satgi pokai la, satgi duit habis la, so kita takkan jadi kaya pun,tp memang duit tu perlahan2 akan habis...Belanja keluarga satu perkara, urusan hati satu perkara, kena diperbetulkan YAKIN kita bahawa, Allah yg bagi kita makan, bukan duit. Duit takde kuasa. 

Kita usaha, kita belanja keluarga, belanjakan duit ke jalan Allah, jangan ungkit sikit pun..., pasti rezeki tak berkurangan dan tak putus- yakin dengan janji Allah. 

MASALAHNYA BILA KITA IKUT AKAL LOGIK, Bagi 1, kuranglah 1, bagi 10, kuranglah 10...SEDANGKAN JANJI NABI, Bagi 1, Allah lipatgandakan tak kurang 10 * maksudnya takkan kurang langsung!!!.... :))))) Memang tak logik dgn akal manusia, tapi logik dgn iman :))) YAKIN DAHULU PADA ALLAH & JANJI NABI, BARU KITA DAPAT RASA KESANNYA~ :))

Untuk isteri2 yg baik hati, yg suaminya bergaji kurang dari dirinya, berbelanjalah dgn lebih berhemah supaya suami tidak susah hati  Isteri yg bijak adalah isteri yg sentiasa membuatkan suaminya gembira...
Begitu juga untuk isteri yg menggunakan wangnya membantu keluarga-tahniah dan syukur Allah pilih kita-maka melaburlah kerana semata2 mencari redho ALLAH :)) 

Dan para suami, jgn sekali2 ambil kesempatan melepaskan semua tanggungjawab pada isteri, kerana azab Allah sgt pedih bagi mereka yg menzalimi anak isterinya...di dunia mahupun di akhirat...
0 comments

Cermin dirimu

Ada perempuan kata, semasa Khadijah RA masih hidup, baginda salalahualaihiwassalam pun tidak pernah berkahwin dua atau berpoligami. 

Lalu mereka pun dengan berlagak mengatakan ; "Tengok, baginda nabi pun tak berpoligami semasa Khadijah masih hidup."

Al-jawab, semasa Khadijah RA masih hidup juga kewajipan solat fardhu 5 waktu, puasa Ramadhan, jihad, zakat dan pelbagai lagi hukum Islam pun belum diwajibkan dan tidak dibuat oleh Nabi. 

Masakan kita nak kata, tengok punyalah Nabi sayangkan Khadijah sampai semasa Khadijah masih hidup, baginda tak puasa, tak berjihad menumpahkan darah, tak melaksanakan hudud, tak bayar zakat bla2....

Nampak sangat tak mengaji sirah.

Yang kedua, kalau ye pun nak 'compare' janganlah dengan Khadijah RA yang berkorban harta dan wang ringgitnya untuk Nabi dan Islam, kala semua orang tolak pinangan Nabi masa baginda muda, Khadijah yang melamar baginda, kala baginda dicemuh, Khadijah yang bela, kala orang lain kufur, Khadijah yang beriman....

Cermin dirilah sedikit wahai perempuan, kamu dan Khadijah itu di mana persamaannya ?



****************
Ustaz Emran Ahmad Saya tak pernah paksa orang berpoligami....Dalam 10 lelaki minta nasihat poligami ada lebih kurang 7-8 orang saya nasihatkan tangguh dan muhasabah. 

Tetapi saya demi Allah selalu mencadangkan suami menceraikan perempuan jenis degil dan keras kepala ya
ng tidak pandai menghormati hukum Allah dan syariat Islam serta memandai-mandai dalam agama mengikut perasaan. 

Tuhan mereka adalah nafsu dan kehendak diri sendiri. 

Mereka ini nampak lembut luar tetapi bakal membawa masalah dalam perkahwinan. Jika sudah berkahwin pun, biarlah anak-anak mendapat ibu yang lebih baik daripada menangung biawak hidup. WA
0 comments

Tazkirah Poligami




Para suami yang berhajat untuk bernikah lagi mestilah membuat anggaran perbelanjaan bagi menampung dua buah keluarga, yakni keluarga sedia ada dan keluarga akan datang. Satu kaedah untuk membuat anggaran kasar ialah perbelanjaan keluarga sedia ada darab dua.

Contoh perbelanjaan keluarga sedia ada:
• Pinjaman rumah RM1000
• Pinjaman kereta RM700
• Insuran perubatan sendiri RM200
• Insuran perubatan isteri RM200
• Insuran pendidikan anak RM400 (RM200 x 2 anak)
• Belanja dapur RM1000
• Minyak kereta (petrol) RM200
• Bil elektrik RM100
• Bil air RM10
• Bil Astro RM60
• Bil Celcom sendiri RM68
• Bil DiGi isteri RM48
• Elaun isteri RM500
• Tabung kecemasan RM300

Semua di atas berjumlah RM4,786 sebulan. Darab dua = RM9,572 sebulan.

Ini anggaran kasar. Jika bakal keluarga kedua ahlinya lebih ramai, maka perbelanjaan lebih tinggi. Jika ahli sedikit (belum ada anak), maka perbelanjaan kurang sedikit. Sambil itu hendaklah mengambil kira kadar inflasi purata 5% setahun.

Oleh itu bagi suami yang hendak nikah lagi, pendapat bersih (maksudnya gaji bulanan tolak PTPTN, cukai, zakat, EPF) hendaklah melebihi RM9,600 sebulan.

Selain itu suami hendaklah juga memiliki jumlah simpanan wang yang cukup bagi memulakan kehidupan keluarga kedua. Perbelanjaan diperlukan untuk kos perkahwinan (mas kahwin, wang hantaran, dulang-dulang hantaran, majlis walimah), bayaran pendahuluan rumah baru, perkakas asas rumah dan bayaran pendahuluan kereta baru.

Kemungkinan besar suami memerlukan sebuah kereta untuk dirinya sendiri agar mudah bergerak (bergilir) di antara rumah pertama dan kedua. Ertinya ada tiga buah kereta, sebuah untuk keluarga pertama, sebuah untuk keluarga kedua dan sebuah lagi untuk suami.

Ringkasnya, suami wajib membuat perancangan perbelanjaan jika hendak bernikah lagi supaya dapat berlaku adil kepada kedua-dua keluarganya. Perancangan ini bermula beberapa tahun sebelum hendak nikah lagi, bukan sebulan dua. Jika tidak mampu berlaku adil atau belum mampu, maka cukupkanlah diri dengan satu isteri.

Firman Allah: Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. [al-Nisa' 4:03]
0 comments


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada nor
mal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

P/S : AL-FATIHAH untuk ibu kita, walau di mana ibu berada.
0 comments

Sedarlah Wahai Wanita.

Kaum wanita adalah golongan yang paling banyak mengikut Dajjal 

Nabi salallahualaihiwassalam bersabda ; 

يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِيْ هَذِهِ السَّبْخَةِ بِمِرْقَنَاةَ، فَيَكُوْنُ أَكْثَرُ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ، حَتَّـى إِنَّ الرَّجُلَ يَرْجِعُ إِلَى حَمِيْمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوْثِقُهَا رِبَاطًا؛ مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ

' Dajjal akan turun pada tanah lembab di Mirqanah ini, maka orang yang paling banyak keluar untuk bersama-sama dengannya ialah para wanita, sehingga seseorang lelaki terpaksa kembali kepada isterinya, kepada ibunya, anak perempuannya, saudara perempuannya dan makciknya, lalu dia terpaksa mengikat mereka kerana bimbang mereka akan keluar untuk bersama dengan Dajjal.’ [Riwayat Ahmad] 

Dajjal ialah penipu dan wanita ialah makhluk yang paling mudah tertipu. Mereka senang ditipu oleh lelaki, oleh hawa nafsu dan juga tertipu oleh perasaan dan oleh Iblis. 

Mereka suka mengikut perasaan dan lemah dalam menghadapi tekanan. Kalau dengan pujuk rayu si jantan pun orang perempuan boleh tergoda dan lemah iman inikan pula si Dajjal yang mampu menghidupkan orang yang mati dan diberi pelbagai kelebihan. 

Justeru senjata wanita dalam menghadapi Dajjal ada tiga :

1. Suami yang soleh dan beriman yang akan memelihara dan menjaganya, seperti dalam hadith di atas. 

2. Aqidah dan tauhid yang kukuh baik pada ilmu dan amal. 

3. Memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT. 

اَللّهُمَّ إِنِّـي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur, dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah al-Masih Dajjal. [Riwayat Al-Bukhari]




0 comments

Masakan seorang Isteri




..masakan seorang isteri adalah makanan yang paling istimewa buat seorang suami..bukan kerana jenis makanannya, tetapi kerana ia disediakan dengan kasih dan cinta..dijamah pula dengan kasih dan cinta juga..maka seorang isteri ketika menyiapkan makanan suami hendaklah dengan penuh rasa cinta dan kasih..demikian juga suami ketika menikmatinya..bukti kasih dan cinta itu akan terserlah pada kesungguhan isteri dalam menyediakan makanan itu; kebersihannya, rasanya dan persembahannya..ertinya isteri inginkan yang terbaik sehingga aura cinta itu terasa pada makanan yang dihidangkan..suami pula menerima dengan penuh cinta dan rahmah, rasa bersyukur dan bertambah kasih-sayang..jika isteri menyediakan hidangan suami sambil lewa,maka tiada beza antara masakan isteri dengan masakan kedai..pada cinta ada aura termasuklah yang tersimpan dalam makanan yang disediakan..jiwa kita ini sentiasa mengembara mencari kasih dan cinta..
0 comments

Jatuh Cinta

Ada satu perkara yang menyebabkan hati kita rindu dan jatuh cinta apabila bertemu dengannya, perkara itu adalah akhlak yang mulia lagi memberi ketenangan.

Bertemu dengannya akan menyebabkan hati rasa tenang dan mententeramkan. Hari ini tatkala kita bertemu dengan insan yang berakhlak mulia, itu telah buat kita jatuh cinta dengan peribadinya dan malu dengan adabnya yang tinggi.

Hari ini, kita memuji insan yang mempunyai akhlak yang baik, kita teruja dengan adabnya, kasih sayangnya, lontaran kata-katanya, gaya penuturannya, dan nasihatnya yang baik telah memberi kesan pada kehidupan.

Bayangkan bagaimana akhlak Nabi Muhammad saw yang kita telah jauh beribu tahun meninggalkan kita, sudah pasti, sangat tinggi akhlak dan budi pekertinya, kata-kata Nabi sangat memberi kesan, penambilan Nabi, senyuman, kasih yang tinggi dan sangat penyayang serta santun dalam bergaul dengan manusia.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana para sahabat sangat jatuh cinta dengan Nabi saw, mereka sangat sayang pada Nabi, sebab Nabi orang yang sangat penyayang dan tinggi akhlaknya. Hanya satu hari tidak bertemu dengan Nabi saw, itu telah buat mereka tidak tenteram dan sangat rindu untuk menemui Nabi.

Ini sudah pasti kerana hubungan Nabi saw dengan Allah sangat utuh dan sudah pasti iman dan taqwalah yang membuahkan akhlak Nabi saw menjadi sangat mulia dan indah. Jika pada hari ini kita telah bertemu dengan insan-insan pilihan yang telah buat kita jatuh cinta dengan akhlaknya apatah lagi akhlak Nabi saw yang jauh telah meninggalkan kita pasti lebih mulia dan memberi ketenangan.

" Ya Allah kurniakanlah kami akhlak yang baik, dan dengannya apabila bertemu dengan manusia, akan bertambahlah iman dan kecintaan seseorang pada Allah dan agamanya ".
0 comments

Menikahlah Kerana Agama Agar Kau Tidak Menderita.


Diriwayatkan oleh Imam Yahya bin Yahya al-Naisaburi rahimahullah yang berkata bahawa beliau pernah bersama dengan Imam Sufyan bin Uyainah Rahimahullah apabila ada seorang lelaki yang datang dan mengadu kepada Imam Sufyan berkenaan masalah rumahtangganya. 

Kata lelaki itu, isterinya sering menghinanya dan membencinya. 

Lalu Imam Sufyan pun berkata ; لعلك رغبت إليها لتزداد بذلك عزا
'Boleh jadi kamu menikahinya kerana mahu meninggikan status kedudukanmu ?

Lelaki itu pun menjawab benar wahai Abu Muhammad (kuniyah Imam Sufyan). 

Maka Imam Sufyan pun berkata ; 
من ذهب إلى العز ابتلي بالذل، ومن ذهب إلى المال ابتلي بالفقر، ومن ذهب إلى الدين يجمع الله له العز والمال مع الدين
'Barangsiapa yang menikahi kerana mencari kedudukan yang mulia maka dia akan diuji dengan kehinaan, barangsiapa yang bernikah kerana harta maka dia akan ditimpa kefakiran, dan barangsiapa yang menikah kerana agama maka Allah akan menghimpunkan baginya kedudukan dan harta bersama dengan agama.'

Kemudian Imam Sufyan pun menceritakan, 

Kami mempunyai 4 orang adik-beradik. Iaitu Muhammad, Imran, Ibrahim, dan diriku. Abang yang paling tua ialah Muhammad dan Imran pula yang paling muda manakala aku pula ditengah-tengah. Apabila Muhammad mahu bernikah maka dia ingin mencari kedudukan lalu dia pun menikahi seorang wanita yang berkedudukan lalu Allah pun mengujinya dengan kehinaan. Imran pula menginginkan harta maka dia pun menikahi wanita yang kaya lalu Allah membalasnya dengan kefakiran. Semua hartanya diambil tanpa ditinggalkan sedikit pun.

Aku memerhatikan keadaan mereka lalu satu hari Ma'mar bin Rasyad datang kepada kami dan aku pun meminta nasihatnya sambil menceritakan kisah yang dihadapi oleh saudara-saudaraku. Maka beliau pun mengingatkan aku dengan hadith Yah'ya bin Ja'dah dan hadith A'isyah RA. Adapun hadith Yahya bin ja'dah meriwayatkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda ;
تنكح المرأة على أربع: دينها، وحسبها، ومالها، وجمالها، فعليك بذات الدين تربت يداك
'Dinikahi wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana agamanya, kedudukannya, hartanya dan kerana kecantikannya. hendaklah engkau memilih yang beragama nescaya engkau akan beruntung.' [riwayat Al-Bukhari]

Sedang hadith A'isyah pula menyebut ; 
أعظم النساء بركة أيسرهن مؤنة
'Wanita yang paling berkah ialah yang paling murah belanja untuk menikahinya.' [Riwayat al-Nasaie]

Justeru aku pun memilih untuk menikahi wanita yang beragama dan yang murah belanjanya menurut sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam. 

Maka Allah pun memberikan aku kedudukan, kekayaan dan juga agama. 

[Tahzib al-Kamal, Al-Mizzi]
0 comments

CINTA


CINTA - Apa yg kita letakkan dalam hati. Cinta tidak akan habis disebabkan waktu. Hanya akan pudar perlahan-lahan apabila kita 'malas' menjaga. Makin lama bersama, makin kita melihat buruk & keji. Bukan makin memuji dan menghargai. Makin lama bersama, makin kita menyusahkan & membebankan. Bukan menggembirakan & menyenangkan. Makin lama bersama, makin kita lupa hiaskan diri baik lelaki mahupun wanita.

Hanya dgn pandang-memandang, berwangi-wangian, bercantik-cantik, bermanis-manis, bersentuh-sentuhan,hargai & kasihani, fahami & bantu, doa & meredhoi.., kita akan terus mencintai smpai syurga... Paling penting, kita akan terus mencintai bilamana iman & taqwa bersatu dalam hati, kita akan terus mencintai kerana Allah sampai akhir hayat.
0 comments

KU SIMPAN RASA



Kadang-kala, ku simpan perkataan
tidak dapat ku luahkan
kerna menjaga perasaan insan
kalimat-kalimatku tersangkut
bahasaku direbut
aku berlidah petah tapi bisu
aku bermadah tapi kelu

mengapa daku terbungkam?
Kerna..
agar tiada tangisan ataupun dendaman
oleh perkataan jika dilontarkan
enggan engkau yang terguris
atau perasaanmu terhakis
sekalipun jantungku terhiris

ku telan rasa yang berisi luka
lalu ku berikan diam atau senyuman
tapi…
di sebalik kepura-puraan menjaga perasaan
jiwaku menggelepar bergelora
menuntut hak bersuara
ingin memberita apa yang ada dalam benaknya

jika kau tahu perkataan yang dibisu itu
jika kau faham apa yang ku diam
jika kau menelaah madah yang tidak ku luah
kau akan tahu betapa benarnya aku..
kau akan perasan betapa daku telah berkorban
kau akan rasa betapa aku menyimpan derita
tapi..ku pendam dan telan buat sekian
hanya kerna
ingin menjaga perasaanmu agar tidak terganggu
sekalipun sengsara di dadaku telah pun tepu

cuma, bila tiba masanya
ketika rasa membuak duka
tanpa bahasa, tanpa kata
kan ku ubati luka dengan jalan yang tidak dijangka

dr maza
130813
0 comments

MENCARI DAMAI



Apabila ujian dtg, yg paling penting adalah bagaimana untuk kita mempersiapkan diri BERUSAHA ketika menghadapi ujian itu~untuk merasa sungguh2 lapang dada, sungguh2 bahagia,boleh senyum ketika diuji,kuat, sabar, bijak & redho menempuh ujian~ Bukanlah smpai ujian itu yg menguasai kita,menyebabkan kita makin kurus, makin sakit @ makin gemuk sbb makan keterlaluan sebab stress, bukan juga makin selekeh dan makin hilang kawalan hingga terjerit-terjerit, menangis-nangis & merasakan hidup ini gelap.

BIJAK BERDEPAN DGN UJIAN.UJIAN ITU TANDA ALLAH MENCUIT SEDIKIT HIDUP KITA. BERPISAHLAH JIKA ITU LEBIH MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH, DAN KEKALLAH DALAM RUMAHTANGGA JIKA ITU MEMBAWA KITA LEBIH BAHAGIA DUNIA & AKHIRAT. Jangan takut membuat keputusan kerana Allah sentiasa bersama kita.


Setelah 10 tahun hidup dlm kesakitan rumahtangga, usahlah berharap esok hari semuanya akan damai & pulih. Sudah 10 tahun pasangan kita curang, usahlah berfantasi untuk dia kembali ikhlas mencintai kita esok hari & meninggalkan semua kecurangannya sekelip mata. ESOK TIDAK AKAN MENGUBAH APA2. Dapat tahu hari ini kecurangannya & harap lepas kita gaduh2, nangis2, merajuk2, esok hubungan terus pulih 100%...Allah....realiti bukanlah sedemikian~hati yg telah dimasuki nafsu & cinta yg 'jahat', tidak akan semudah itu kembali kepada fitrah yang baik & halal kecuali benar2 dia sendiri berkeinginan taubat nasuha & meninggalkan semua nafsunya yg songsang. 

Namun jika kita yg memaksa, kita seorang yang berusaha, sedangkan sebelah pihak lagi memang tidak mahu, maka sia2 segala usaha kita. Akhirnya kita sendiri yg makin sakit & kecewa. Justeru jalan pertama, usaha betulkan niat, keluarkan makhluk dari hati kita,tempatkan Allah benar2 dalam hati kita.Selagi mana makhluk bertapak dlm hati kita, selagi itu kita mengejar makhluk ,tetapi apabila Allah berada dalam hati kita, kita akan kuat & berlapang dada, rasa sentiasa ditemani & sekalipun tidak pernah disia2kan....

Carilah Allah sungguh2 ketika kita diuji, kita yang mula mohon ampun, kita yang mula bertaubat, kita yang mula panjat syukur atas segala nikmatnya selama ini & kita yang mula FOKUS untuk dekat kepada-NYA dgn bermacam2 cara, bukan FOKUS kepada masalah kita & harap semuanya akan pulih sekelip mata. FOKUS UNTUK JADI HAMBA ALLAH YANG SGT2 DISAYANGI OLEH ALLAH, BUKAN FOKUS UNTUK PASANGAN KEMBALI KE PANGKUAN KITA!~sbb tu kita bertambah sakit apabila dia tidak kembali & kita pula makin lemah bilamana kita tidak punya kekuatan dari Allah~akhirnya kita yang parah & derita.

YANG PENTING, PILIHLAH USAHA & JALAN2 YG AKAN MENGGEMBIRAKAN KITA DUNIA AKHIRAT, BUKAN HARAPAN-HARAPAN PALSU YANG KITA SENDIRI ANGAN-ANGANKAN...
0 comments

Dialog

Dialog ayah dan anak gadisnya. Anaknya itu dianugerahkan Allah wajah yang cantik ayu, cun melecun. Barangkali menurun gen dan dna ayah ibunya yang ensem dan cantik jelita.

Si anak memulakan dialog dengan ayahnya.

Anak: "Ayahku yang termacho, boleh tak sy nak letak gambar-gambar sy kat facebook? Instagram?"

Ayah: "Boleh bila kamu sendiri yakin boleh jawab soalan ini."

Anak: "Utarakan saja soalanmu itu ayahku yang bijaksana."

Ayah: "Pertama, YAKINkah kamu tidak akan terjerat dengan dosa berTABARRUJ?"

Anak: "Em. Tidak yakin sepenuhnya."

Ayah: "Kedua, YAKINkah kamu tidak akan terjerat dengan pujian orang ramai sehingga timbul dalam hatimu RIYA', TAKABBUR lagi UJUB, BONGKAK dan SOMBONG, ANGKUH dan BESAR DIRI, BANGGA dan HEBAT? Itu juga menjadi DOSA."

Anak: "Em. Juga tidak yakin sepenuhnya."

Ayah: "Ketiga, YAKINkah kamu niat yang baik pada asalnya - maybe niat kamu hanya untuk memperkenalkan diri dengan rakan-rakan lama - akhirnya menjadi NIAT untuk MENUNJUK-NUNJUK, MENDAPATKAN PUJIAN, MENCARI POPULARITI, MENGUMPUL PENGIKUT, MENDAPATKAN PUBLISITI? Itu juga DOSA bila niat bukan lagi kerana Allah."

Anak: "Em..juga tidak yakin.."

Ayah: "Jadi, jika kamu tidak yakin ianya TIDAK akan menjurus kepada mendapat ganjaran DOSA, maka jawapannya sudah ada pada kamu."

Anak: "Tapi, cemburulah tengok orang ramai followers. Mereka letak gambar-gambar je pun. Tayang muka kemudian dapat ribuan likes. Padahal statusnya tidaklah bermanfaat pun."

Ayah: (Senyum dan tergelak)

Anak: "Kenapa ayah gelak?"

Ayah: "Sepatutnya kamu simpati pada mereka. Mereka mungkin tidak pernah minta izin dengan ayah mereka, tak tanya pendapat ibu bapa mereka, tak tanya pendapat ustazah mereka dulu."

Anak: "Hm..ya, maafkan saya ayah." (muka sedih)

Ayah: "Hai, tidak terasa cukupkah ayah dan ibu puji kamu cantik? Adik, kakak dan abang puji kamu cantik? Kelak, suami pula akan puji kamu cantik. Pujian siapa lagi yang lebih ikhlas berbanding keluarga sendiri?"

Anak: (Senyum) "Terima kasih ayahku yang macho! Kata-kata ayah menyedarkan saya.."

Lantas si anak meraih tangan ayahnya yang sudah tua itu, menyalami dan memeluk erat-erat. Si anak bersyukur, ayahnya bukan ayah yang dayus dalam menjaga anak gadisnya. Dalam hatinya berdoa,

"Tuhan, jagakan ayah dan ibuku dari api neraka. Amin."
0 comments

PENGUBAT HATI




Ada banyak benda nak diluahkan dari dasar hati.
Ada banyak rahsia tersembunyi di sanubari.
Ada banyak duka yang dipendam menyakitkan diri.

Percayalah.
Walaupun tidak diluahkan pada sesiapa pun.
Allah telah lama tahu.
Allah telah dulu tahu.
Allah lebih dulu mengerti.
Setiap rahsia hatimu.

"Kalau macam tu, tak perlulah doa luah pada Allah. Allah dah tahu segala."

Allah memang Maha Mengetahui.
Cuma Dia mahu tengok..
Adakah Dia yang kau cari?
Tidak peduli, luahkan juga segala rintihan hati.

Besarnya erti tangan yang menadah.
Berdoa pada Tuhan.
Luasnya makna,
hati dan bibir yang menyeru.
Nama Tuhannya.

Tapi kita terus menerus.
Merintihnya banyak.
Berdoanya tidak.


____________

Ingatlah tatkala Nabi Yunus tenggelam ke dasar laut, ditelan Nun..hatinya masih menyeru merintih pada Allah.

"La ila hailla anta Subhanaka inni kuntu minazzoolimiin."
0 comments

Doa dari hadis

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepadaMu agar dapat melakukan perbuatan-perbuatan yang baik, agar dapat meninggalkan semua perbuatan yang mungkar/buruk, agar aku mencintai orang-orang miskin, dan agar ENGKAU mengampuni dan menyayangiku..

dan agar ENGKAU mengampuni dan menyayangiku..

dan agar ENGKAU mengampuni dan menyayangiku..

Dan jika ENGKAU hendak menimpakan fitnah/malapetaka bagi suatu kaum, maka wafatkanlah aku dalam keadaan tidak terkena fitnah itu.

Dan aku memohon kepadaMU rasa cinta kepadaMU.. dan cinta kepada orang-orang yang mencintaiMU..

Dan aku juga memohon cinta kepada amal perbuatan yang akan mendekatkan diriku untuk mencintaiMU…”

(Hadis Riwayat Ahmad –hasan sahih, di akhir hadis ini, Rasul SAW bersabda, “Sesungguhnya doa tersebut merupakan hal yang benar, maka pelajarilah[hafallah] dan perdalamlah.”)
0 comments

Suami taati Ibu... Isteri taati Suami.



Mana-mana agama sekalipun di dunia ini, ibu diletakkan sebagai orang paling atas untuk ditaati dan dimuliakan kerana pengorbanan dan kedudukannya.

Banyak firman Allah dalam al-Quran mengenai suruhan mentaati ibu bapa dan ketaatan kepada mereka adalah selepas ketaatan kepada Allah, begitu juga hadis Rasulullah SAW.

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW kepada siapa harus aku memberikan bakti. Baginda SAW menjawab: ‘Ibumu…’ sebanyak tiga kali. Ditanya kali keempat, barulah Baginda SAW menjawab: ‘Ayahmu…’.

Diriwayatkan oleh Thalhah Bin Muawiyah As-Sulami, beliau datang bertanya kepada Rasulullah SAW bahawa dia ingin sekali hendak turut serta berjihad fi sabilillah bersama Baginda. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Beliau menjawab, “Masih.” Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Duduklah terus di sisinya, di sanalah terletaknya syurga.”

Hadis ini menjelaskan bahawa tugas anak berbakti kepada ibu adalah lebih besar ganjarannya daripada berjihad di jalan Allah.
Namun, kita perlu jelas bahawa mentaati ibu atau sesiapa sekalipun tidak boleh melepasi ketaatan kita kepada Allah. Arahan dan kasih sayang kepada ibu tidak boleh menyebabkan kita taat sehingga melakukan perkara ditegah Allah.

Ia berdasarkan arahan Rasulullah SAW bermaksud, “Jangan kamu taat kepada makhluk dalam hal yang melanggari Allah.”

Setiap anak perlu sentiasa mentaati arahan yang baik dan dosa menderhaka kepada ibu dan bapa adalah termasuk dalam tujuh dosa yang sangat besar.

Sementara itu, seorang isteri mempunyai tugas dan tanggungjawab besar terhadap suami yang tidak boleh diabaikan. Isteri yang mengabaikannya akan mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri nusyuz (derhaka).

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Jika syurga seorang lelaki atau seorang anak adalah di bawah tapak kaki ibu, tetapi syurga bagi seorang isteri ialah di bawah tapak kaki suaminya.

Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Tanda isteri nusyuz banyak, antaranya:

Menyakiti hati suami.

Rasulullah SAW selepas peristiwa Israk dan Mikraj, bersabda kepada sahabat wanita bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur nikmat yang disediakan suaminya.” (Hadis riwayat Muslim).

Puasa sunat dan membawa masuk lelaki ke rumah tanpa izin.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tidak dengan izinnya, dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya (walaupun saudara mara) dengan tidak meminta izin suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari)

Meminta cerai tanpa sebab.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya (tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak) haram baginya bau syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)· 

Menolak bersetubuh tanpa alasan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah isteri itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

_______________

Wahai suami-suami... secantik mana pun isterimu, sebaik mana pun layanan mereka, jangan sesekali lalai atas kewajipanmu terhadap kedua orang tuamu. Jangan sesekali menuruti rajuk mereka, arahan mereka dalam merenggangkan hubungan antara ibu dan anak. Tegaslah dalam membuat keputusan kerana itu perintah Allah, kerana itu suruhan Rasulullah. Yakinlah dalam setiap perbuatan. Tidak akan ditimpa musibah jika kalian menuruti perintah Allah. 

Wahai isteri-isteri... taatilah suamimu dalam apa jua keadaan. Pujuk hati supaya tabah. Telan kepahitan walaupun payah. Sentiasa berdoa mohon pertolongan Allah. Isteri yang solehah sentiasa bijak dalam segala perbuatan, supaya akhiratnya nanti tidak berada dalam kerugian. 
0 comments

JANJI



Assalamua’laikum Warahmatullah.

Alhamdulillah…

Sejuk pagi Jumaat ini. Seindah harinya. Bagi yang bercuti inilah hari untuk bersama keluarga. Bagi yang masih bujang inilah hari untuk bermalas-malas setelah seharian bekerja. Menanti mak panggil untuk makan tengahari kemudian bersiap-siap ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat bagi yang lelaki. Anak gadis pula selepas zohor dah ditentukan pasaraya mana untuk dilawati bersama teman-teman. Saya sangat  merindui detik-detik ketika bujang dahulu.. :-)

Sesejuk paginya, seindah harinya, namun dapatkah menyejukkan perasaan yang terbakar? Mengindahkan hati yang suram? Moga Allah berikan keberkatan Jumaat untuk kita semua…

Pujuk hati  untuk bersabar dengan karenah manusia bukan sesuatu yang mudah.

Selama ini, segala didikan mak ayah dan nasihat guru di sekolah atau ilmuan untuk kita sentiasa cekal dalam menempuh ujian hidup kadang kala boleh goyah dengan orang sekeliling terutama pasangan hidup.

Kita mengharapkan yang terbaik dalam mencipta rumahtangga yang bahagia, namun seringkali terjejas apabila pasangan kita hilang fokus, dan mula membahagi masa untuk perkara yang lain.

Seringkali kita alpa tentang peranan kita. Wajarkah tindakan kita dalam membuat sesuatu keputusan.  Hasilnya pasti akan ada pihak yang terluka di sebabkan keegoaan kita untuk mengaku salah sendiri.

Tunaikan janji sekiranya kita telah berjanji. Nyatakan alasan sekiranya ada sebab musabab yang membuat kita tidak dapat melaksana apa yang telah kita janjikan. Bukankah itu lebih mulia dari kita terus menerus bersikap seperti orang munafik?. Bayangkan andai kita ini termasuk dalam golongan orang-orang yang munafik yang hidup di zaman Rasulullah. Kita adalah orang yang akan baginda perangi. Tidak malukah kita sekiranya kita sebagai umat baginda, yang sentiasa mengharapkan syafaat nya namun dibenci oleh baginda disebabkan sikap kita yang tidak ubah seperti golongan munafik ini?!

Melarikan diri dalam situasi yang genting, bukanlah langkah yang bijak. Malah boleh memarakkan lagi api kemarahan. Saya fikir pasangan kita bukannya orang yang tidak berperasaan, untuk memaafkan andai janji tersebut tidak dapat kita laksanakan. Apa yang diharapkan oleh pasangan hanyalah keharmonian rumahtangga tanpa anasir jahat dari luar. Bukan senang untuk menjaga dan membina sesuatu yang berpaksikan aqidah dan tauhid pada yang  SATU. Pasti akan terhalang. Berhati-hati dalam membuat tindakan dan keputusan. Sentiasalah berdoa semoga Allah memelihara kita semua dari membuat keputusan terburu-buru apatah lagi yang sia-sia di mana sedikitkan pun  tidak bermanfaat untuk kepentingan akhirat kita.

0 comments

Pesanan Buat Suami

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
0 comments

mengusap muka selepas selesai berdoa dan selepas selesai solat.

Masalah-masalah solat
Kelemahan hadis mengusap muka selepas selesai berdoa dan selepas selesai solat.

Mengusap muka setelah selesai berdoa dan setelah selesai solat bukan datangnya dari Nabi s.a.w kerana banyak hadis-hadis tentang adanya hal itu telah dilemahkan oleh ulama-ulama hadis.Yang sahih dari Nabi s.a.w ialah baginda mengangkat tangannya dan pada masa tertentu baginda tidak mengangkatnya.Mengamalkan mengusap muka setelah selesai berdoa dan solat bukanlah dari ajaran Nabi s.a.w. dan tidak perlu kita memandai lebih daripada baginda.
Dari Ibnu Abbas ra.,dia berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila engkau meminta kepada Allah,maka hendaklah engkau berdoa dengan kedua tapak tanganmu dan janganlah engkau berdoa dengan kedua punggung(tapak tangan). Apabila engkau telah selesai berdoa, maka usaplah mukamu dengan kedua tapak tanganmu.”
[H.R. Ibnu Majah-daif/lemah]

Dari Saaib bin Yazid dari ayahnya, “Bahwasanya Nabi s.a.w apabila berdoa mengangkat kedua tangannya.Baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya(setelah selesai berdoa”
[H.R. Abu Daud-daif/lemah]

Dari Ibnu Khattab,katanya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya waktu berdoa baginda tidak turunkan kedua(tangan) itu sehingga baginda mengusap mukanya lebih dahulu dengan kedua tangannya.”
[H.R. At-Tirmidzi-sangat daif/lemah]

Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah:
“Adapun tentang Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya masa berdoa maka sesungguhnya telah datang padanya hadis-hadis yang sahih banyak. Sedangkan tentang baginda mengusap mukanya dengan kedua tangannya,maka tidak ada padanya kecuali satu-dua hadis yang tidak dapat dijadikan hujah dengan keduanya.
Dari Malik bin Yasar,telah bersabda Nabi s.a.w:
“Apabila kamu meminta kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan tapak tanganmu dan janganlah memminta kepada-Nya dengan punggung(tangan)”
[H.R. Abu Daud-sahih]

Kata Ibnu Abbas ra. :
“Permintaan itu iaitu engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua bahumu.”
[H.R. Abu Daud]

0 comments

Salam pilihanraya

Sedang ramai orang sibuk dengan mood pilihanraya, ada juga isteri yang terkejut apabila mendapat tahu suami ingin nikah lagi! Ada juga isteri lain yang bertambah terkejut apabila mendapat tahu suaminya baru saja bernikah lagi! 

(Padahal dalam manifesto parti-parti yang bertanding, tiada yang menjanjikan apa-apa kemudahan atau kelebihan bagi poligami)

Kepada para isteri dan bakal-bakal isteri, persiapkanlah diri dengan ilmu poligami. Ini kerana poligami adalah salah satu daripada syari'at Islam, dihalalkan oleh Islam dan memiliki kebaikan serta kelebihan dari aspek aqidah, amal soleh dan sosial masyarakat....jika dipraktikkan dengan betul.

Kata pepatah arab menyebut: "Di antara musuh seseorang ialah kejahilan dirinya sendiri". Ertinya, bila kita jahil tentang sesuatu perkara, kita secara tidak langsung akan memusuhinya, membencinya serta menjauhinya.

Justeru dekatilah ilmu poligami. Mana-mana lelaki yang sihat di atas fitrah Islam akan cenderung ke arah poligami. Jangan hidup di atas angan-angan bahawa poligami tidak akan berlaku ke atas diri anda. 

Jangan anggap kesetiaan suami ialah terhadap isteri. Kesetiaan suami ialah kepada Allah, Rasul-Nya dan syari'at-Nya. Demikian juga, kesetiaan isteri ialah kepada Allah, Rasul-Nya dan syari'at-Nya. Atas kesetiaan ini, isteri memang patut terkejut bercampur marah apabila mendapati suaminya berjudi. Namun atas kesetiaan ini juga, isteri tidak patut terkejut atau marah apabila suami membangkitkan topik poligami.
0 comments

SENI KEHIDUPAN


Melalui nya, ku lihat SENI
Melalui nya, ku kenal SENIMAN
KAGUM. CANTIK. KEMAS. HIDUP.
Indah LUKISAN terhasil
Namun sentiasa EMOSInya terusik
Mengubah segala PERCATURAN
Ruangan CANVAS luahan perasaan
menyatukan WARNA kehidupan
Sabarlah wahai HATI dan AKAL
SOLAT & SABAR
Ku YAKIN ada sesuatu di sana
Untuk kita BERDUA
Hanya KAU dan AKU
SELAMA-LAMAnya… :-)


Tetiba teringat lagu ni, maaf yer… liriknya terpaksa dipinda mengikut kesesuaian. Salah satu lagu kegemaran masa kecil-kecil dahulu. waktu tengok cerita P.Ramlee dengan mak kat tv. Khas buat suamiku  :-D


Tiada kata secantik bahasa 
Untuk ku puji kekanda 
Tiada gambar secantik lukisan 
Nak ku tunjuk perasaan
Oh... kanda puspa gemala 
Mengharum jiwa 
Hmm...
Oh... kanda puspa gemala 
Mustika dinda...
Walau musim berubah 
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra 
Sikit pun takkan longgar
Tiada kata secantik bahasa 
Untuk ku puji kekanda.” 

~wida cinta abg dunia akhirat... BarakAllahu fiikum~
0 comments
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver