Melihatlah ke atas untuk urusan akhiratmu dan melihatlah ke bawah untuk urusan duniamu maka hidup akan tenteram.
RSS

Pages

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Suami taati Ibu... Isteri taati Suami.



Mana-mana agama sekalipun di dunia ini, ibu diletakkan sebagai orang paling atas untuk ditaati dan dimuliakan kerana pengorbanan dan kedudukannya.

Banyak firman Allah dalam al-Quran mengenai suruhan mentaati ibu bapa dan ketaatan kepada mereka adalah selepas ketaatan kepada Allah, begitu juga hadis Rasulullah SAW.

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW kepada siapa harus aku memberikan bakti. Baginda SAW menjawab: ‘Ibumu…’ sebanyak tiga kali. Ditanya kali keempat, barulah Baginda SAW menjawab: ‘Ayahmu…’.

Diriwayatkan oleh Thalhah Bin Muawiyah As-Sulami, beliau datang bertanya kepada Rasulullah SAW bahawa dia ingin sekali hendak turut serta berjihad fi sabilillah bersama Baginda. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Beliau menjawab, “Masih.” Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Duduklah terus di sisinya, di sanalah terletaknya syurga.”

Hadis ini menjelaskan bahawa tugas anak berbakti kepada ibu adalah lebih besar ganjarannya daripada berjihad di jalan Allah.
Namun, kita perlu jelas bahawa mentaati ibu atau sesiapa sekalipun tidak boleh melepasi ketaatan kita kepada Allah. Arahan dan kasih sayang kepada ibu tidak boleh menyebabkan kita taat sehingga melakukan perkara ditegah Allah.

Ia berdasarkan arahan Rasulullah SAW bermaksud, “Jangan kamu taat kepada makhluk dalam hal yang melanggari Allah.”

Setiap anak perlu sentiasa mentaati arahan yang baik dan dosa menderhaka kepada ibu dan bapa adalah termasuk dalam tujuh dosa yang sangat besar.

Sementara itu, seorang isteri mempunyai tugas dan tanggungjawab besar terhadap suami yang tidak boleh diabaikan. Isteri yang mengabaikannya akan mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri nusyuz (derhaka).

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Jika syurga seorang lelaki atau seorang anak adalah di bawah tapak kaki ibu, tetapi syurga bagi seorang isteri ialah di bawah tapak kaki suaminya.

Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Tanda isteri nusyuz banyak, antaranya:

Menyakiti hati suami.

Rasulullah SAW selepas peristiwa Israk dan Mikraj, bersabda kepada sahabat wanita bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur nikmat yang disediakan suaminya.” (Hadis riwayat Muslim).

Puasa sunat dan membawa masuk lelaki ke rumah tanpa izin.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tidak dengan izinnya, dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya (walaupun saudara mara) dengan tidak meminta izin suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari)

Meminta cerai tanpa sebab.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya (tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak) haram baginya bau syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)· 

Menolak bersetubuh tanpa alasan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah isteri itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

_______________

Wahai suami-suami... secantik mana pun isterimu, sebaik mana pun layanan mereka, jangan sesekali lalai atas kewajipanmu terhadap kedua orang tuamu. Jangan sesekali menuruti rajuk mereka, arahan mereka dalam merenggangkan hubungan antara ibu dan anak. Tegaslah dalam membuat keputusan kerana itu perintah Allah, kerana itu suruhan Rasulullah. Yakinlah dalam setiap perbuatan. Tidak akan ditimpa musibah jika kalian menuruti perintah Allah. 

Wahai isteri-isteri... taatilah suamimu dalam apa jua keadaan. Pujuk hati supaya tabah. Telan kepahitan walaupun payah. Sentiasa berdoa mohon pertolongan Allah. Isteri yang solehah sentiasa bijak dalam segala perbuatan, supaya akhiratnya nanti tidak berada dalam kerugian. 

0 comments:

Post a Comment

Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver