Melihatlah ke atas untuk urusan akhiratmu dan melihatlah ke bawah untuk urusan duniamu maka hidup akan tenteram.
RSS

Pages

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

JANJI



Assalamua’laikum Warahmatullah.

Alhamdulillah…

Sejuk pagi Jumaat ini. Seindah harinya. Bagi yang bercuti inilah hari untuk bersama keluarga. Bagi yang masih bujang inilah hari untuk bermalas-malas setelah seharian bekerja. Menanti mak panggil untuk makan tengahari kemudian bersiap-siap ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat bagi yang lelaki. Anak gadis pula selepas zohor dah ditentukan pasaraya mana untuk dilawati bersama teman-teman. Saya sangat  merindui detik-detik ketika bujang dahulu.. :-)

Sesejuk paginya, seindah harinya, namun dapatkah menyejukkan perasaan yang terbakar? Mengindahkan hati yang suram? Moga Allah berikan keberkatan Jumaat untuk kita semua…

Pujuk hati  untuk bersabar dengan karenah manusia bukan sesuatu yang mudah.

Selama ini, segala didikan mak ayah dan nasihat guru di sekolah atau ilmuan untuk kita sentiasa cekal dalam menempuh ujian hidup kadang kala boleh goyah dengan orang sekeliling terutama pasangan hidup.

Kita mengharapkan yang terbaik dalam mencipta rumahtangga yang bahagia, namun seringkali terjejas apabila pasangan kita hilang fokus, dan mula membahagi masa untuk perkara yang lain.

Seringkali kita alpa tentang peranan kita. Wajarkah tindakan kita dalam membuat sesuatu keputusan.  Hasilnya pasti akan ada pihak yang terluka di sebabkan keegoaan kita untuk mengaku salah sendiri.

Tunaikan janji sekiranya kita telah berjanji. Nyatakan alasan sekiranya ada sebab musabab yang membuat kita tidak dapat melaksana apa yang telah kita janjikan. Bukankah itu lebih mulia dari kita terus menerus bersikap seperti orang munafik?. Bayangkan andai kita ini termasuk dalam golongan orang-orang yang munafik yang hidup di zaman Rasulullah. Kita adalah orang yang akan baginda perangi. Tidak malukah kita sekiranya kita sebagai umat baginda, yang sentiasa mengharapkan syafaat nya namun dibenci oleh baginda disebabkan sikap kita yang tidak ubah seperti golongan munafik ini?!

Melarikan diri dalam situasi yang genting, bukanlah langkah yang bijak. Malah boleh memarakkan lagi api kemarahan. Saya fikir pasangan kita bukannya orang yang tidak berperasaan, untuk memaafkan andai janji tersebut tidak dapat kita laksanakan. Apa yang diharapkan oleh pasangan hanyalah keharmonian rumahtangga tanpa anasir jahat dari luar. Bukan senang untuk menjaga dan membina sesuatu yang berpaksikan aqidah dan tauhid pada yang  SATU. Pasti akan terhalang. Berhati-hati dalam membuat tindakan dan keputusan. Sentiasalah berdoa semoga Allah memelihara kita semua dari membuat keputusan terburu-buru apatah lagi yang sia-sia di mana sedikitkan pun  tidak bermanfaat untuk kepentingan akhirat kita.

0 comments:

Post a Comment

Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver