Melihatlah ke atas untuk urusan akhiratmu dan melihatlah ke bawah untuk urusan duniamu maka hidup akan tenteram.
RSS

Pages

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tazkirah Poligami




Para suami yang berhajat untuk bernikah lagi mestilah membuat anggaran perbelanjaan bagi menampung dua buah keluarga, yakni keluarga sedia ada dan keluarga akan datang. Satu kaedah untuk membuat anggaran kasar ialah perbelanjaan keluarga sedia ada darab dua.

Contoh perbelanjaan keluarga sedia ada:
• Pinjaman rumah RM1000
• Pinjaman kereta RM700
• Insuran perubatan sendiri RM200
• Insuran perubatan isteri RM200
• Insuran pendidikan anak RM400 (RM200 x 2 anak)
• Belanja dapur RM1000
• Minyak kereta (petrol) RM200
• Bil elektrik RM100
• Bil air RM10
• Bil Astro RM60
• Bil Celcom sendiri RM68
• Bil DiGi isteri RM48
• Elaun isteri RM500
• Tabung kecemasan RM300

Semua di atas berjumlah RM4,786 sebulan. Darab dua = RM9,572 sebulan.

Ini anggaran kasar. Jika bakal keluarga kedua ahlinya lebih ramai, maka perbelanjaan lebih tinggi. Jika ahli sedikit (belum ada anak), maka perbelanjaan kurang sedikit. Sambil itu hendaklah mengambil kira kadar inflasi purata 5% setahun.

Oleh itu bagi suami yang hendak nikah lagi, pendapat bersih (maksudnya gaji bulanan tolak PTPTN, cukai, zakat, EPF) hendaklah melebihi RM9,600 sebulan.

Selain itu suami hendaklah juga memiliki jumlah simpanan wang yang cukup bagi memulakan kehidupan keluarga kedua. Perbelanjaan diperlukan untuk kos perkahwinan (mas kahwin, wang hantaran, dulang-dulang hantaran, majlis walimah), bayaran pendahuluan rumah baru, perkakas asas rumah dan bayaran pendahuluan kereta baru.

Kemungkinan besar suami memerlukan sebuah kereta untuk dirinya sendiri agar mudah bergerak (bergilir) di antara rumah pertama dan kedua. Ertinya ada tiga buah kereta, sebuah untuk keluarga pertama, sebuah untuk keluarga kedua dan sebuah lagi untuk suami.

Ringkasnya, suami wajib membuat perancangan perbelanjaan jika hendak bernikah lagi supaya dapat berlaku adil kepada kedua-dua keluarganya. Perancangan ini bermula beberapa tahun sebelum hendak nikah lagi, bukan sebulan dua. Jika tidak mampu berlaku adil atau belum mampu, maka cukupkanlah diri dengan satu isteri.

Firman Allah: Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. [al-Nisa' 4:03]

0 comments:

Post a Comment

Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver