Kepada sesiapa yang ada anak dara atau isteri yang cantik...
Peliharalah ahli keluarga kita daripada fitnah atau dari mendatangkan fitnah. Lindungi mereka dan lindungilah orang lain daripada mereka.
Pertama, Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda: ما تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ 'Tidaklah aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih memudharatkan ke atas lelaki daripada perempuan.' [riwayat al-Bukhari]
Kecantikan anak gadis atau isteri kita wajib ditutup atau dipelihara agar ianya tidak menggoda manusia atau menjerumuskan kaum pemuda ke lembah cinta atau syahwat atau menyebabkan anak2 gadis dan isteri kita menjadi bahan rebutan atau kegilaan kaum lelaki.
Kedua, seorang muslim wajib mempunyai perasaan cemburu atau rasa tidak senang apabila ahli keluarganya terdedah kepada lelaki atau maksiat. Diriwayatkan dari al-Mughirah bin Syu'bah RA yang berkata telah berkata Saad bin Ubadah RA, bahawa kalau aku menemui orang lelaki bersama dengan isteriku maka nescaya aku akan menetaknya dengan pedangku. Maka hal itu pun sampai kepada rasulullah salallahualaihiwassalam dan baginda pun bersabda : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن. 'Apakah kamu merasa takjub dengan kecemburuan Saad? Demi Allah, sesungguhnya aku lebih cemburu daripada Saad dan Allah lebih cemburu daripada aku. Disebabkan kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang terang dan tersembunyi. [riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Islam mengelar lelaki yang membiarkan anak gadis dan isteri atau ahli keluarganya bercampur bebas atau senang didekati oleh lelaki yang bukan mahram sebagai dayus. Ini berdasarkan hadith sahabat yang bertanya maksud dayus dan baginda menjawab : الَّذِي لَا يُبَالِي مَنْ دَخَلَ عَلَى أَهْلِهِ Iaitu lelaki yang tidak peduli tentang siapa yang masuk menemui ahli keluarganya. [riwayat al-hathami dalam majmuk az-zawaid]
Maka seorang lelaki yang bergelar suami atau bapa wajib menjaga anak-anak dan isterinya serta mengetahui dengan siapa anaknya berkawan, siapa lelaki yang meminati dan disukai oleh anaknya. Apakah anaknya dalam bahaya atau sebaliknya. Jika tak diancam oleh zina, si gadis yang cantik tetap terdedah kepada bahaya penyakit al-ain dari akibat kagum orang yang memandang dan takjub kepadanya.
Siasat dan ambil beratlah wahai bapa dan suami kerana baginda salallahualaihiwassalam telah bersabda : كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته 'Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap dari kamu akan dipersoalkan tentang apa yang dipertanggungjawabkan olehnya. [riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Jangan sampai kita sudah selangkah menghampiri syurga lalu ditarik ke neraka kerana anak-anak dan isteri kita, na'u'zubillahiminzalik !
0
comments
Lelaki yang beriman akan membantu isteri dan ahli keluarganya dirumah.
Aisyah RA ( Ibu orang yang beriman) pernah ditanya apakah yang dilakukan oleh Rasulullah Salallahualaihiwassalam di dalam rumahnya. Maka Aisyah RA pun menjawab : كان يكون في مهنة أهله ( تعني خدمة أهله ) فإذا حضرت الصلاة خرج إلى الصلاة 'Sesungguhnya baginda selalu menyibukkan diri membantu ahli keluarga baginda dan apabila tiba waktu solat maka baginda pun keluar (dari rumah) untuk menunaikan solat.' [riwayat al-Bukhari]
Suami yang soleh adalah hero di mata isteri, ikutan dalam beragama serta contoh teladan buat isteri dan anak-anak dalam kehidupan !. 0 comments Posted by Unknown at 08:32

Larangan menyibuk hal peribadi orang tanpa keperluan syarak
Amat pelik dalam budaya kita sikap suka menyibuk urusan yang bukan milik kita dan perangai mencampuri urusan peribadi atau rumahtangga orang lain tanpa ada keperluan atau kelayakan.
Daripada Ibn Abbas RA bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda : وَمَنْ اسْتَمَعَ إِلَى حَدِيثِ قَوْمٍ وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ أَوْ يَفِرُّونَ مِنْهُ صُبَّ فِي أُذُنِهِ الآنُكُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ' Barangsiapa yang mencuri dengar perbualan orang lain sedang mereka membenci hal tersebut (tidak mahu orang lain mendengarnya) atau menjauhkan diri daripadanya (agar dia tidak mendengarnya) maka dia akan dicurahkan dengan cairan tembaga di dalam telinganya pada hari kiamat. [al-Bukhari no. 7042]
Kadang-kadang kita melihat ada orang yang suka menyibuk atau ikut campur urusan yang bukan menjadi kewajipannya sehingga kerana itu dia sering terlalai dari perkara yang menjadi kewajipannya!.
0
comments
Posted by
Unknown
at
01:55

Bantu & Doakan mereka
Labels: Semasa
Wanita
yang bernama Iman (25 tahun) merupakan antara jutaan pelarian Syria.
Beliau kini berada di kem pelarian Nizip di Turki dengan hanya membawa
anaknya, Ahmad dan Aishah, serta sebuah Al-Quran apabila dia melarikan
diri dari Halab.
Kata beliau, kitab Allah akan menyediakan perlindungan. Doakan mereka. 0 comments Posted by Unknown at 18:39
Kata beliau, kitab Allah akan menyediakan perlindungan. Doakan mereka. 0 comments Posted by Unknown at 18:39
Sikap Isteri yang Solehah apabila dimarahi
Kebanyakkan isteri apabila dimarahi oleh pihak suami, mereka akan merajuk, membawa diri dan ada yang sakit hati, geram sehingga sanggup mencerca kembali suami-suami mereka dan mengungkit keburukan-keburukan si suami agar puas hati mereka dan merasa adil atau 'to get even'.
Inilah isteri-isteri buatan kaca, apabila terjatuh pecah berkecai tak boleh digunakan lagi dan melukakan orang di sekeliling.
Namun para wanita yang solehah itu ibarat bunga yang wangi, pokok yang apabila digoncang akan menggugurkan buah dan kebaikan. Sang Isteri yang solehah apabila dia dimarahi suami maka dia akan segera memperbaiki diri, lalu segera pula memujuk kembali suami sehingga masing-masing gembira kembali !
Diriwayatkan oleh Anas RA bahawa Nabi Salallahualaihiwasallam bersabda : أَلَا أُخبِرُكُم بِنِسَائِكُم فِي الجَنَّةِ ؟ قُلنَا : بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَالَ : وَدُودٌ وَلُودٌ إِذَا غَضِبَت أَو أُسِيءَ إِلَيهَا أَو غَضِبَ زَوجُهَا قَالَت : هَذِهِ يَدِي فِي يَدِكَ ، لَا أَكتَحِلُ بِغِمضٍ حَتَّى تَرضَى 'Mahukah kamu aku beritakan tentang wanita dikalangan kamu yang akan berada di syurga? Sahabat menjawab : Sudah tentu Ya Rasulullah. Baginda bersabda : 'Perempuan yang penyayang dan yang ramai anak apabila dia marah atau dilayan buruk atau dimarahi oleh suaminya maka dia pun berkata : Ini ialah tanganku pada tanganmu, aku tidak akan dapat pejam mata sehingga engkau mahu redha (padaku). [riwayat Al-Tabaraani dalam Mu'jam Al-Awsat] 0 comments Posted by Unknown at 14:24

Khalifah di Bumi
Nasihat Dr. Abdul Basit Abdul Rahman,
Jangan tertukar dengan sebut manusia ni adalah "Khalifah Allah" di bumi. Sebut "Khalifah" sahaja tanpa ada tambahan "Allah" di belakang. Allah tak kata manusia ini adalah "Khalifah aku". Allah sebut "Khalifah di bumi" sahaja. Bukan "khalifah Allah". Khalifah ni maknanya pemimpin/pengganti. Allah tak perlukan pengganti tempat Dia. Allah tak perlukan manusia ganti tempat-Nya.
Jadi jangan tersilap lagi istilah guna istilah "khalifah Allah". Guna sahaja istilah "khalifah di bumi".
Sesuai dengan firman Allah:
"Dan Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat..." - Surah al-An'am 6:165.
"Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu)..." - Surah Sad 38:26.
Wallahu'alam. 0 comments Posted by Unknown at 14:22

Cinta & Rinduku bertamu di sana...
Blog ini dibuat untuk menggantikan 'www.sufaywida.blogspot.com', sebuah blog yang disarankan oleh suami untuk berdakwah. Perkongsian ilmu yang dipanjangkan untuk manfaat pada sesiapa yang menjengah. Namun, selagi kita hidup, halangan demi halangan oleh manusia sekeliling pasti dirasai terutama apabila hati dan perasaan mereka dibalut dengan perasaan dengki. Sukar untuk merawat penyakit hati ini, walaubagaimanapun saya percaya akal, hati dan perasaan boleh dikawal dengan waras selagi kita berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Catatan pertama menghiasi blog ini sekadar berkongsi secebis memori indah ketika saya menjejakkan kaki buat kali pertamanya ke tanah suci Mekah bagi menunaikan haji tahun 2010. Walaupun sudah 3 tahun berlalu namun setiap perjalanan sentiasa segar dalam ingatan menebalkan kerinduan hari demi hari. Tambahan pula hari ini sempat berbual dengan seorang sahabat yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah. Bertambah kerinduan pada bumi yang penuh barakah itu.
SubhanAllah, kelu lidah untuk berkata-kata apabila pertama kali menatap Kaabah. Setiap sirah yang menjadi syiar Islam ini satu persatu tersusun di ingatan. Bumi bertuah ini menjadi saksi perjuangan Rasulullah. Tanahnya pernah merasai derapan kaki yang mulia itu, hawa udaranya pernah menyapa wajah yang penuh keindahan, langit dan awan-awan redup di situ pernah memayungi tubuh baginda. Beruntungnya... Sedangkan kita umat akhir zaman ini hanya mampu merindui baginda.
Perjalanan yang diakhiri dengan mengunjungi maqam Rasulullah di Madinah membuka ruang mengharapkan syafaat baginda di akhirat nanti. Allahumasolli a'la saiddina Muhammad.
Rugi saya rasa bagi sesiapa yang berkemampuan dari segi wang ringgit tetapi menghabiskan duit ke arah lain. Alasan belum bersedia patut di buang jauh-jauh. Apatah lagi yang memberi alasan sibuk dengan komitmen yang tak pernah habis. Tinggal dunia ambil lah akhirat, nescaya dunia akan mengejarmu. Ambil masa seketika laksanakan ibadah umrah @ haji, InsyaAllah saya percaya kita akan menyedari yang 'cinta' kita ada di situ. saya telah merasainya.
Setiap kali saya dilanda kesedihan saya akan kenang balik setiap detik saya berada di Mekah dan Madinah. Terasa dekatnya saya dengan Al-Khaliq. Terubat rasa sedih diganti dengan hati yang berbunga penuh kebahagiaan..:-)
Jom tingkatkan lagi tahap keimanan kita. Dunia hanya sementara sedangkan perjalanan kita tinggal tak seberapa untuk menuju ke negeri yang abadi. Semoga segala amal kita diterima dan dosa-dosa kita diampuni Allah. Gantikan rasa duka kami dengan kecintaan kepada-Mu, Ya Allah. Bahagiakan kami dari dunia hingga akhirat... Aaminnn... :-)
0 comments Posted by Unknown at 22:27
Subscribe to:
Posts (Atom)