Melihatlah ke atas untuk urusan akhiratmu dan melihatlah ke bawah untuk urusan duniamu maka hidup akan tenteram.
RSS

Pages

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tazkirah Poligami




Para suami yang berhajat untuk bernikah lagi mestilah membuat anggaran perbelanjaan bagi menampung dua buah keluarga, yakni keluarga sedia ada dan keluarga akan datang. Satu kaedah untuk membuat anggaran kasar ialah perbelanjaan keluarga sedia ada darab dua.

Contoh perbelanjaan keluarga sedia ada:
• Pinjaman rumah RM1000
• Pinjaman kereta RM700
• Insuran perubatan sendiri RM200
• Insuran perubatan isteri RM200
• Insuran pendidikan anak RM400 (RM200 x 2 anak)
• Belanja dapur RM1000
• Minyak kereta (petrol) RM200
• Bil elektrik RM100
• Bil air RM10
• Bil Astro RM60
• Bil Celcom sendiri RM68
• Bil DiGi isteri RM48
• Elaun isteri RM500
• Tabung kecemasan RM300

Semua di atas berjumlah RM4,786 sebulan. Darab dua = RM9,572 sebulan.

Ini anggaran kasar. Jika bakal keluarga kedua ahlinya lebih ramai, maka perbelanjaan lebih tinggi. Jika ahli sedikit (belum ada anak), maka perbelanjaan kurang sedikit. Sambil itu hendaklah mengambil kira kadar inflasi purata 5% setahun.

Oleh itu bagi suami yang hendak nikah lagi, pendapat bersih (maksudnya gaji bulanan tolak PTPTN, cukai, zakat, EPF) hendaklah melebihi RM9,600 sebulan.

Selain itu suami hendaklah juga memiliki jumlah simpanan wang yang cukup bagi memulakan kehidupan keluarga kedua. Perbelanjaan diperlukan untuk kos perkahwinan (mas kahwin, wang hantaran, dulang-dulang hantaran, majlis walimah), bayaran pendahuluan rumah baru, perkakas asas rumah dan bayaran pendahuluan kereta baru.

Kemungkinan besar suami memerlukan sebuah kereta untuk dirinya sendiri agar mudah bergerak (bergilir) di antara rumah pertama dan kedua. Ertinya ada tiga buah kereta, sebuah untuk keluarga pertama, sebuah untuk keluarga kedua dan sebuah lagi untuk suami.

Ringkasnya, suami wajib membuat perancangan perbelanjaan jika hendak bernikah lagi supaya dapat berlaku adil kepada kedua-dua keluarganya. Perancangan ini bermula beberapa tahun sebelum hendak nikah lagi, bukan sebulan dua. Jika tidak mampu berlaku adil atau belum mampu, maka cukupkanlah diri dengan satu isteri.

Firman Allah: Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. [al-Nisa' 4:03]
0 comments


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada nor
mal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

P/S : AL-FATIHAH untuk ibu kita, walau di mana ibu berada.
0 comments

Sedarlah Wahai Wanita.

Kaum wanita adalah golongan yang paling banyak mengikut Dajjal 

Nabi salallahualaihiwassalam bersabda ; 

يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِيْ هَذِهِ السَّبْخَةِ بِمِرْقَنَاةَ، فَيَكُوْنُ أَكْثَرُ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ، حَتَّـى إِنَّ الرَّجُلَ يَرْجِعُ إِلَى حَمِيْمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوْثِقُهَا رِبَاطًا؛ مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ

' Dajjal akan turun pada tanah lembab di Mirqanah ini, maka orang yang paling banyak keluar untuk bersama-sama dengannya ialah para wanita, sehingga seseorang lelaki terpaksa kembali kepada isterinya, kepada ibunya, anak perempuannya, saudara perempuannya dan makciknya, lalu dia terpaksa mengikat mereka kerana bimbang mereka akan keluar untuk bersama dengan Dajjal.’ [Riwayat Ahmad] 

Dajjal ialah penipu dan wanita ialah makhluk yang paling mudah tertipu. Mereka senang ditipu oleh lelaki, oleh hawa nafsu dan juga tertipu oleh perasaan dan oleh Iblis. 

Mereka suka mengikut perasaan dan lemah dalam menghadapi tekanan. Kalau dengan pujuk rayu si jantan pun orang perempuan boleh tergoda dan lemah iman inikan pula si Dajjal yang mampu menghidupkan orang yang mati dan diberi pelbagai kelebihan. 

Justeru senjata wanita dalam menghadapi Dajjal ada tiga :

1. Suami yang soleh dan beriman yang akan memelihara dan menjaganya, seperti dalam hadith di atas. 

2. Aqidah dan tauhid yang kukuh baik pada ilmu dan amal. 

3. Memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT. 

اَللّهُمَّ إِنِّـي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur, dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah al-Masih Dajjal. [Riwayat Al-Bukhari]




0 comments

Masakan seorang Isteri




..masakan seorang isteri adalah makanan yang paling istimewa buat seorang suami..bukan kerana jenis makanannya, tetapi kerana ia disediakan dengan kasih dan cinta..dijamah pula dengan kasih dan cinta juga..maka seorang isteri ketika menyiapkan makanan suami hendaklah dengan penuh rasa cinta dan kasih..demikian juga suami ketika menikmatinya..bukti kasih dan cinta itu akan terserlah pada kesungguhan isteri dalam menyediakan makanan itu; kebersihannya, rasanya dan persembahannya..ertinya isteri inginkan yang terbaik sehingga aura cinta itu terasa pada makanan yang dihidangkan..suami pula menerima dengan penuh cinta dan rahmah, rasa bersyukur dan bertambah kasih-sayang..jika isteri menyediakan hidangan suami sambil lewa,maka tiada beza antara masakan isteri dengan masakan kedai..pada cinta ada aura termasuklah yang tersimpan dalam makanan yang disediakan..jiwa kita ini sentiasa mengembara mencari kasih dan cinta..
0 comments
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver