Melihatlah ke atas untuk urusan akhiratmu dan melihatlah ke bawah untuk urusan duniamu maka hidup akan tenteram.
RSS

Pages

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Suami tidak layak bila...

Siapakah suami yang tak layak nikah lagi (poligami)?

Mereka ialah suami yang:

[1] Tak berani memberitahu isteri sedia ada dia nak nikah lagi. (bukan minta izin tetapi memberitahu).

[2] Tidak mahu jumpa ibubapa bakal isteri kedua/ketiga/keempat untuk menerangkan dia hendak menikahi puteri mereka.

[3] Tidak berani memberitahu anak-anak sedia ada bahawa dia akan nikah lagi.

[4] Tidak mampu memberi nafkah kepada bakal 
isteri kedua/ketiga/keempat, lalu mensyaratkan isteri kedua/ketiga/keempat yang tanggung kos tempat tinggal, pengangkutan, makan-minum, pakaian dan lain-lain. Malah nak buat majlis walimah kecil-kecilan pun takde duit.
0 comments

Ya Bunayya. Duhai Anakku.

Suatu hari, seorang ayah ditanya anaknya beberapa soalan mengenai Tuhan. 

Ayahnya duduk, meletakkan tangannya ke bahu si anak. Tersenyum menantikan soalan-soalan si anak.

(1) apakah itu Tuhan?

Anakku, mari ayahmu bacakan Surah al-Ikhlas (Qulhuwallah..) padamu. 

"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." 

(2) di manakah Tuhan itu tinggal?

Anakku, mari ayah bacakan beberapa ayat dari al-Quran untukmu.

Yang pertama dari Surah al-Mulk ayat ke-16 yang bermaksud, 

"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?"

Yang kedua dari Surah Ta Ha ayat ke-5,

"(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arsy."

Sepotong hadis hasan sahih dari lafaz Imam al-Tirmidhi yang bermaksud,

"Kamu semua telah dikahwinkan oleh keluarga kamu (dengan Rasulullah s.a.w) , tetapi aku telah dikahwinkan oleh Allah swt dari atas tujuh langit." (HR Imam Bukhari, 6870. Tirmidhi, 3137)

Dari dalil-dalil ini, menjadi aras tanda pusat pemerintahan Allah itu di langit namun bukanlah Allah itu tinggal di langit. Adapun begitu anakku supaya kamu lebih tenang dan jelas, akan daku hantarmu mendalami agama dengan guru-guru yang lebih alim. Sesungguhnya perlu kamu tahu, "Laisa Kamislihi Sya'iun" iaitu Allah tidak sama dengan makhluk. Maha Suci Allah yang lebih mengetahui murad (makna sebenar yang dikehendaki) ayat-ayat-Nya. Allah itu wujud tanpa bertempat. Allah tidak bergantung pada Arasy atau langit. 

Kata Imam Abu Mansur al-Baghdady,

"Allah telah sedia ada tidak bertempat dan Allah sekarang juga atas sediakala-Nya tanpa bertempat".

(3) Di manakah Tuhan itu berada ketika saya kesakitan? (4) Apakah Tuhan tidak mempedulikan saya?

Anakku yang dikasihi, ketika dirimu atau diriku sakit, Allah sentiasa dekat. Mari daku bacakan dirimu ayat dari Surah al-Baqarah ayat ke-186,

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan).”

Maka ketika dirimu sakit, pohonlah kepada Allah agar diberikan kesembuhan. Pasti aku jua memohon kepada Allah agar dirimu cepat sembuh. Sungguh, sakit itu nikmat. Tanpa rasa sakit, kita tidak mengerti nikmat kesihatan. Malahan dalam sakit, Allah menggugurkan dosa-dosa. Tanpa kesakitan, kamu tidak mengerti erti ketabahan. Jatuh tersungkur 3, 4 kali. Bangun berdiri kembali lebih tabah 6-7 kali. 

Peduli Allah itu tidak sama dengan peduli makhluk. Jika ayahmu ini sakit hingga meninggal dunia, bukan kerana Allah tidak peduli. Namun, Allah sudah mengurangkan kesengsaraan ayah di dunia dan menyediakan ganjaran di akhirat jika ayah bersabar. Nabi Yahya dan Zakaria dibunuh, adakah tanda Allah tidak peduli? Tidak melainkan Allah menyediakan Syurga tempat yang lebih baik di akhirat. Dunia ini hancur. Namun, akhirat itu kekal.

"Apakah manusia menyangka mereka dibiar berkata kami telah beriman sedang mereka tidak diuji (keimanannya)?" (Surah Al-Ankabut, 29: 2)

(5) kalau semua ada yang menjadikan, siapakah pula yang menjadikan Tuhan? 

Anakku,

Dari Surah al-Ikhlas tadi ayah telah nyatakan,

"Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan."

Dan dari Surah al-Hadid ayat ke-3 yang bermaksud,

"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin ; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."

Soalanmu itu anakku, jika dijawab dengan logik pemikiran manusia pasti tidak akan berkesudahan. Allah tidak dijadikan, tetapi kitalah yang dijadikan. 

Seperti kamu tanyakan pada diri sendiri, 

"Siapakah yang menjadikan bau sedap pada nyanyian ibu?" 
Sedangkan nyanyian sedap ibu tiada kaitan dengan bau.

Ayah dengan pemikiran cetek cuma mampu menjawab dengan sepotong hadis yang bermaksud,

"Dari Abu Huraira, katanya: Berkata Rasulullah s.a.w., ‘Manusia akan terus bertanya sehinggalah dikatakan, ‘ Ini diciptakan Allah, maka siapa yang mencipta Allah? Barangsiapa yang mendapati sesuatu dari (soalan) itu, maka katakanlah, ‘Amantu Billah ( Aku beriman kepada Allah)." (HR Muslim, Bab Penjelasan Was-Was dalam Iman)

(6) kalau ayah percaya bahawa akan sampai ke titik akhir, bahawa hanya 1 yang tinggal, untuk menjadikan semua yang wujud, yakni Tuhan (pemula) maka apakah Dia buat sebelum segala yang wujud ini wujud? 

Anakku,

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

"Allah telah sedia wujud (azali) dan selain Allah tiada sesuatupun yang sedia wujud (azali)". (Sanad sahih melalui riwayat al-Bukhari)

Sesungguhnya anakku, 

"Segala yang terbayang dibenak fikiranmu maka ketahuilah bahawa Allah tidak sedemikian." 
Itulah yang dikatakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Jika kamu terbayang Allah itu berjisim seperti manusia, kamu telah salah. Jika kamu terbayang kerja Allah sebelum menciptakan segala sesuatu, kamu juga telah salah. Kerana Allah bukan seperti makhluk, seolah-olah ditanyakan, 

"Sebelum keluar result SPM kamu buat apa ya?"

Soalan seperti ini langsung tidak layak pada Tuhan. 

"apakah Dia buat sebelum segala yang wujud ini wujud?"

Seolah-olah kedengarannya Tuhan itu tarafnya seperti manusia hina. Boleh disoal seperti temuduga kerja. Sungguh, MASA itu juga milik Allah. 'Sebelum' dan 'selepas' juga milik Allah. Kita tidak layak menyoal Allah. Kita tidak layak menemuduga Allah.

Jangan begitu ya anakku.

(7) apakah Tuhan terlalu sunyi, seorang diri, maka memerlukan Dia mencipta yang lain - lain, untuk Dia menguji?

Anakku, ketahuilah Allah tidak memerlukan pun kepada kita. Diciptakan kita adalah semata-mata untuk menghambakan diri kepada-Nya. Dia boleh hapuskan kita bila Dia nak.

Dari Surah al-Ra'd ayat 39, 

"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki).."

Surah Fatir ayat ke-16,

"Jika Dia menghendaki, nescaya Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). "

Sunyi adalah perkataan yang hanya sesuai pada makhluk. Seolah-olah perlukan pasangan, seolah-olah bosan tiada hiburan. 

Lagipun, adakah masuk akal Tuhan menciptakan segala kejadian di bumi dan di langit lantaran Dia sunyi? Mengapa tidak Dia ciptakan sahaja pasangan yang setaraf ketuhanan dengan-Nya saja? Barulah 'bagai pinang dibelah dua, pipit sama pipit, enggang sama enggang.'

Mustahil juga seorang manusia, bila sunyi pergi bertunang dengan monyet, kan?

Jika Allah sunyi, pasti Dia mencipta kita semua ini menjadi sekutunya, menjadi kawan-Nya. Namun, mengapa sebahagian besar menjadi lawan-Nya? Ada berpuluh golongan, satu saja masuk Syurga?

Sungguh pelik jika manusia, sunyi hati lalu mencari musuh. Abnormal.

Ayah sudahi persoalan ini dengan Surah al-Zumar ayat 67 yang bermaksud,

"Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya - pada hari kiamat - dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan."

Maka anakku sayang, cintailah dan hormatilah Allah dengan setinggi-tinggi penghormatan. Bila tak tahu, maka belajarlah. Belajar dengan beriman perlu seiring. Jika belajar, namun iman dikesampingkan, rosaklah ilmu. Penuhlah nanti hati dengan keraguan2.

Kita tidak pernah melihat Allah mahupun Nabi Muhammad s.a.w., namun kita yakin dan beriman mereka wujud dan kita yakin di akhirat kelak kita pasti bertemu, insya-Allah.

Apapun, maafkan ayah andai ilmu ayah masih cetek. Kerana itulah, ayah mahu kamu belajar tinggi-tinggi sampai timbul cinta pada Allah dan Nabi.
0 comments

Suami yg bergaji kecil

Untuk suami yg bergaji kecil dari isteri, atau suami yg merasakan banyaknya nak kena tanggung dlm rumahtangga...~

Wahai para suami yg mulia...Jangan susah hati, Allah yg bg kita semua makan.Memang gaji nampak kecil, tapi berkat kalau beri dgn ikhlas hati tanpa sikit pun risau duit tak cukup. Allah pasti cukupkan.Allah janji, bagi 1, Allah ganti 10. Maksudnya takkan sempit rezeki walaupun duit nampak makin habis/kurang.

Masalahnya waktu duit kita sikit, waktu tu lah kita taknak memberi,time tu lah kita rasa berkira, maka duit tu pasti lagi tak cukup dan tak cukup.

Suami kadang2 bukan berkira atau kedekut, tapi risau duit nak pakai bnyk dalam rumahtangga, anak makin bertambah dan membesar, semua nak pakai duit, jadi kadang2 kita nak isteri jimat sebenarnya.

Oh, jimat itu sgt penting, tapi biarlah kena pada tempatnya. Berkaitan makan minum, untuk anak isteri, makanan yg akan masuk dalam mulut isteri dan menjadi darah dging atau menjadi susu pada tubuhnya untuk dia menyusukan anak kita,maka redholah dengan lapang dada....

Yakin sungguh2 takkan berkurang apa yg kita belanjakan untuk anak isteri, untuk nafkah dan makan pakainya,melainkan semuanya menjadi sedekah di sisi Allah~untuk tempat tinggal dan keperluannya asalkan kita betul2 lapang dada memberi tanpa khuatir sikit pun. Setiap kali memberi, setiap kali ingatkan diri, jangan risau....,Allah pasti ganti melimpah2 ruah lagi rezeki,maka PASTI dan PASTI bertambah2 rezeki kita.

Benar perancangan jimat tu penting, tapi makin kita rasa berkira or kedekut sikit, satgi tak cukuplah, satgi pokai la, satgi duit habis la, so kita takkan jadi kaya pun,tp memang duit tu perlahan2 akan habis...Belanja keluarga satu perkara, urusan hati satu perkara, kena diperbetulkan YAKIN kita bahawa, Allah yg bagi kita makan, bukan duit. Duit takde kuasa. 

Kita usaha, kita belanja keluarga, belanjakan duit ke jalan Allah, jangan ungkit sikit pun..., pasti rezeki tak berkurangan dan tak putus- yakin dengan janji Allah. 

MASALAHNYA BILA KITA IKUT AKAL LOGIK, Bagi 1, kuranglah 1, bagi 10, kuranglah 10...SEDANGKAN JANJI NABI, Bagi 1, Allah lipatgandakan tak kurang 10 * maksudnya takkan kurang langsung!!!.... :))))) Memang tak logik dgn akal manusia, tapi logik dgn iman :))) YAKIN DAHULU PADA ALLAH & JANJI NABI, BARU KITA DAPAT RASA KESANNYA~ :))

Untuk isteri2 yg baik hati, yg suaminya bergaji kurang dari dirinya, berbelanjalah dgn lebih berhemah supaya suami tidak susah hati  Isteri yg bijak adalah isteri yg sentiasa membuatkan suaminya gembira...
Begitu juga untuk isteri yg menggunakan wangnya membantu keluarga-tahniah dan syukur Allah pilih kita-maka melaburlah kerana semata2 mencari redho ALLAH :)) 

Dan para suami, jgn sekali2 ambil kesempatan melepaskan semua tanggungjawab pada isteri, kerana azab Allah sgt pedih bagi mereka yg menzalimi anak isterinya...di dunia mahupun di akhirat...
0 comments

Cermin dirimu

Ada perempuan kata, semasa Khadijah RA masih hidup, baginda salalahualaihiwassalam pun tidak pernah berkahwin dua atau berpoligami. 

Lalu mereka pun dengan berlagak mengatakan ; "Tengok, baginda nabi pun tak berpoligami semasa Khadijah masih hidup."

Al-jawab, semasa Khadijah RA masih hidup juga kewajipan solat fardhu 5 waktu, puasa Ramadhan, jihad, zakat dan pelbagai lagi hukum Islam pun belum diwajibkan dan tidak dibuat oleh Nabi. 

Masakan kita nak kata, tengok punyalah Nabi sayangkan Khadijah sampai semasa Khadijah masih hidup, baginda tak puasa, tak berjihad menumpahkan darah, tak melaksanakan hudud, tak bayar zakat bla2....

Nampak sangat tak mengaji sirah.

Yang kedua, kalau ye pun nak 'compare' janganlah dengan Khadijah RA yang berkorban harta dan wang ringgitnya untuk Nabi dan Islam, kala semua orang tolak pinangan Nabi masa baginda muda, Khadijah yang melamar baginda, kala baginda dicemuh, Khadijah yang bela, kala orang lain kufur, Khadijah yang beriman....

Cermin dirilah sedikit wahai perempuan, kamu dan Khadijah itu di mana persamaannya ?



****************
Ustaz Emran Ahmad Saya tak pernah paksa orang berpoligami....Dalam 10 lelaki minta nasihat poligami ada lebih kurang 7-8 orang saya nasihatkan tangguh dan muhasabah. 

Tetapi saya demi Allah selalu mencadangkan suami menceraikan perempuan jenis degil dan keras kepala ya
ng tidak pandai menghormati hukum Allah dan syariat Islam serta memandai-mandai dalam agama mengikut perasaan. 

Tuhan mereka adalah nafsu dan kehendak diri sendiri. 

Mereka ini nampak lembut luar tetapi bakal membawa masalah dalam perkahwinan. Jika sudah berkahwin pun, biarlah anak-anak mendapat ibu yang lebih baik daripada menangung biawak hidup. WA
0 comments

Tazkirah Poligami




Para suami yang berhajat untuk bernikah lagi mestilah membuat anggaran perbelanjaan bagi menampung dua buah keluarga, yakni keluarga sedia ada dan keluarga akan datang. Satu kaedah untuk membuat anggaran kasar ialah perbelanjaan keluarga sedia ada darab dua.

Contoh perbelanjaan keluarga sedia ada:
• Pinjaman rumah RM1000
• Pinjaman kereta RM700
• Insuran perubatan sendiri RM200
• Insuran perubatan isteri RM200
• Insuran pendidikan anak RM400 (RM200 x 2 anak)
• Belanja dapur RM1000
• Minyak kereta (petrol) RM200
• Bil elektrik RM100
• Bil air RM10
• Bil Astro RM60
• Bil Celcom sendiri RM68
• Bil DiGi isteri RM48
• Elaun isteri RM500
• Tabung kecemasan RM300

Semua di atas berjumlah RM4,786 sebulan. Darab dua = RM9,572 sebulan.

Ini anggaran kasar. Jika bakal keluarga kedua ahlinya lebih ramai, maka perbelanjaan lebih tinggi. Jika ahli sedikit (belum ada anak), maka perbelanjaan kurang sedikit. Sambil itu hendaklah mengambil kira kadar inflasi purata 5% setahun.

Oleh itu bagi suami yang hendak nikah lagi, pendapat bersih (maksudnya gaji bulanan tolak PTPTN, cukai, zakat, EPF) hendaklah melebihi RM9,600 sebulan.

Selain itu suami hendaklah juga memiliki jumlah simpanan wang yang cukup bagi memulakan kehidupan keluarga kedua. Perbelanjaan diperlukan untuk kos perkahwinan (mas kahwin, wang hantaran, dulang-dulang hantaran, majlis walimah), bayaran pendahuluan rumah baru, perkakas asas rumah dan bayaran pendahuluan kereta baru.

Kemungkinan besar suami memerlukan sebuah kereta untuk dirinya sendiri agar mudah bergerak (bergilir) di antara rumah pertama dan kedua. Ertinya ada tiga buah kereta, sebuah untuk keluarga pertama, sebuah untuk keluarga kedua dan sebuah lagi untuk suami.

Ringkasnya, suami wajib membuat perancangan perbelanjaan jika hendak bernikah lagi supaya dapat berlaku adil kepada kedua-dua keluarganya. Perancangan ini bermula beberapa tahun sebelum hendak nikah lagi, bukan sebulan dua. Jika tidak mampu berlaku adil atau belum mampu, maka cukupkanlah diri dengan satu isteri.

Firman Allah: Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. [al-Nisa' 4:03]
0 comments


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada nor
mal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

P/S : AL-FATIHAH untuk ibu kita, walau di mana ibu berada.
0 comments

Sedarlah Wahai Wanita.

Kaum wanita adalah golongan yang paling banyak mengikut Dajjal 

Nabi salallahualaihiwassalam bersabda ; 

يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِيْ هَذِهِ السَّبْخَةِ بِمِرْقَنَاةَ، فَيَكُوْنُ أَكْثَرُ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ، حَتَّـى إِنَّ الرَّجُلَ يَرْجِعُ إِلَى حَمِيْمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوْثِقُهَا رِبَاطًا؛ مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ

' Dajjal akan turun pada tanah lembab di Mirqanah ini, maka orang yang paling banyak keluar untuk bersama-sama dengannya ialah para wanita, sehingga seseorang lelaki terpaksa kembali kepada isterinya, kepada ibunya, anak perempuannya, saudara perempuannya dan makciknya, lalu dia terpaksa mengikat mereka kerana bimbang mereka akan keluar untuk bersama dengan Dajjal.’ [Riwayat Ahmad] 

Dajjal ialah penipu dan wanita ialah makhluk yang paling mudah tertipu. Mereka senang ditipu oleh lelaki, oleh hawa nafsu dan juga tertipu oleh perasaan dan oleh Iblis. 

Mereka suka mengikut perasaan dan lemah dalam menghadapi tekanan. Kalau dengan pujuk rayu si jantan pun orang perempuan boleh tergoda dan lemah iman inikan pula si Dajjal yang mampu menghidupkan orang yang mati dan diberi pelbagai kelebihan. 

Justeru senjata wanita dalam menghadapi Dajjal ada tiga :

1. Suami yang soleh dan beriman yang akan memelihara dan menjaganya, seperti dalam hadith di atas. 

2. Aqidah dan tauhid yang kukuh baik pada ilmu dan amal. 

3. Memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT. 

اَللّهُمَّ إِنِّـي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur, dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah al-Masih Dajjal. [Riwayat Al-Bukhari]




0 comments
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver